Friday, April 26, 2013

Chi Cheng (Deftone's Ex-Bassist) : Rest In Peace...Gone But Not Forgotten

Rest In Peace Chi Cheng...

Pada 13 April 2013 (Sabtu) yang lalu, bekas pemain bass untuk kumpulan nu-metal/alternative/rapcore tersohor Deftones iaitu Chi Cheng telah meninggal dunia. Punca kematian beliau ialah disebabkan masalah jantung, ditambah pula beliau paralyze selama hampir 4 tahun selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya pada tahun 2008. It's a truly lost within the international modern rock scene. Chi Cheng merupakan di antara co-founder untuk band Deftones

Aku dah lama mengikuti band ini, sejak dari zaman remaja lagi, lebih kurang pertengahan dekad 90'an semasa mereka baru rilis album pertama yang bertajuk "Adrenaline". Chi Cheng juga bertindak sebagai backing vocals untuk Chino Moreno (frontman/vocalist) untuk beberapa lagu mereka. Beliau sempat berkerjasama bersama bandmates Deftones untuk album "Saturday Night Wrist" (album kelima mereka) sebelum terlibat dalam kemalangan ngeri tersebut.

Pada tahun 2008, Chi Cheng terlibat dalam kemalangan jalanraya tersebut bersama kakak beliau Mae, dan dikatakan juga semasa kejadian tersebut, Chi tidak mengenakan tali pinggang keledar semasa memandu. Beliau berada keadaan coma selama hampir 4 tahun, seringkali keluar masuk hospital, menjalani pelbagai pembedahan otak dan sistem saraf dan yang paling teruk, ialah selalu berlaku komplikasi jantung.

Deftones juga beberapa kali mengadakan konsert amal khas untuk mengumpul dana bagi membiayai perbelanjaan perubatan Chi Cheng. Chino Moreno seringkali berharap agar Chi cepat sembuh dan kembali beraksi bersama Deftones. Kini tempat Chi Cheng telah digantikan oleh rakan beliau sendiri iaitu Sergio Vega, yang sudah pun bersama Deftones semenjak album "Diamond Eyes" dan yang paling terkini iaitu "Koi No Yokan"

Di bawah merupakan nota yang dibuat oleh pihak keluarga Chi Cheng (sebenarnya ianya ditulis dari ibu Chi sendiri) kepada umum:

"Our Dearest Family,

This is the hardest thing to write to you. Your love and heart and devotion to Chi was unconditional and amazing. I know that you will always remember him as a giant of a man on stage with a heart for every one of you. He was taken to the emergency room and at 3 am today his heart just suddenly stopped. He left this world with me singing songs he liked in his ears.

He fought a good fight. You stood by him sending love daily. He knew he was very much loved and never alone. I will write more later. I will be going through oneloveforchi and any other information may not be reliable. If you have any stories or messages to share, please send them to the onelove site. Please hold Mae and Ming and the siblings and especially Chi's son, Gabriel in your prayers. It is so hard to let go.

With great love and much respect" - Mom J (and Chi)

Deftones - Be Quite And Drive (Far Away)

10 comments:

  1. ada terbaca pasal berita ni kat FB...tapi aku tak follow Deftones..dan tak kenal siapa dia ni...RIP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun mula2 tau pasal kematian Chi dari Deftones official facebook page...

      Delete
  2. Replies
    1. Satu kehilangan besar sebenarnya dalam band Deftones...Chi juga merupakan co-songwriter pada sesetengah lagu mereka

      Delete
  3. aku pun kurang mengenali nya tok,bok 2,3 hari tok ada terbaca cerita pasalnya juak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi banyak orang lebih mengenali muzik Deftones (lebih kurang la) dari Chi Cheng...huhu

      Delete
  4. Replies
    1. One of the greatest lost in rock music this year...

      Delete
  5. Hilang saorang lagi dari scene muzik...RIP...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...