Friday, September 27, 2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu : Panorama Separuh Seram Di Waktu Malam

Pada bulan Mei yang lepas, aku berkesempatan untuk memasuki semula ke kawasan sekolah aku dahulu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu. Pada ketika itu pun aku kebetulan pula menghantar anak buah aku ke sekolah tersebut bagi mengikuti program perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Dengar sahaja nak pergi ke sekolah tersebut, aku capai kamera aku yang tak berapa nak canggih itu (Nikon Coolpix S5100) bagi mengambil gambar2 yang menarik setibanya aku di perkarangan sekolah itu nanti.

Setelah sampai di sekolah tersebut, anak buah aku bergegas menuju ke kawasan perkhemahan yang terletak agak jauh dari perkarangan utama sekolah tersebut, ianya terletak di kawasan bengkel kemahiran hidup yang tidak jauh dari tandas lelaki dan hutan tebal. Betul-betul berada di bahagian tepi sekolah. Kalau dulu kawasan ni aku dengan rakan2 memang tak berani nak menghampiri di waktu senja kerana dikatakan agak "keras". Keras apa pulak aku tak berapa pasti. Tapi tidak mustahil jugak la, kawasan tu dah la dekat dengan hutan, membelakangi tandas pulak. Memang sesuai untuk tempat kediaman makhluk halus la rasanya.

Selesai sahaja aku menghantar anak buah aku ke kawasan perkhemahan tersebut, aku pun ambil peluang tersebut untuk ronda-ronda kawasan sekolah. Bawa hati berani saja lah. Masa tu rasa takut kira tolak tepi sekejap sebab nak refresh kenangan lama semasa aku pernah belajar di sekolah ini dahulu.

Aku bukanlah best student masa sekolah dahulu. Tak pernah mewakili sekolah dalam mana-mana acara sukan sekalipun. Sering dilabel sebagai budak nerd yang hidup dalam dunianya sendiri tapi dalam masa yang sama rebel bersama rakan-rakan yang minat muzik rock (atau lebih tepat sekali ialah muzik grunge pada ketika itu). Aku pernah sekali kena rotan dan disaksikan oleh ramai murid-murid sekolah oleh guru disiplin akibat kesalahan membuat bising di dalam kelas sambil bermain gitar. Masa tu memang lagu Nirvana yang menjadi candu minda kami. Setiap kali hujung minggu, kami akan escape dari mengikuti kegiatan kokurikulum dan seterusnya pergi ke pusat bandar untuk satu tujuan. Tak lain, tak bukan...iaitu jamming bersama rakan2 di studio paling legend di Bintulu suatu ketika dahulu, Delima Studio.

Sekarang sekolah ini banyak berubah. Kawasan yang dulunya amat daif sekarang banyak kemajuan dari segi kemudahannya. Pusat Sumber sudah ada bangunannya sendiri. Dulu sekolah ni tak ada Form 6, sekarang sudah ada blok baru bagi menempatkan pelajar-pelajar Form 6. Ada penambahan gelanggang bola keranjang di belakang Dewan Teratai, Kawasan "boulevard" di luar sekolah yang cantik dan selesa dijalani oleh murid2. Banyak lagi perubahan yang aku kira menampakkan peningkatan dari imej sekolah ini.

Sekarang depan sekolah ni dah ada McDonald's. Dulu depan sekolah ni hanya ada hutan tebal dan bukit bukau. Ada juga terdapat rumah2 orang cina yang dahulunya bekas komunis. How times fly...sekarang aku hanya jadi pemerhati terhadap pembangunan yang ada di tempat aku ini. Masa aku tengah asyik mengambil gambar di sekitar kawasan sekolah ini, tak sedar pulak aku jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Perghh seram siot kalau masa begini masih lagi berada di kawasan sekolah. Tidak lama selepas aku itu aku pun beransur pulang ke rumah.

 Inilah bangunan bengkel dan makmal baru yang aku maksudkan tadi. Pada ketika itu ianya dijadikan tempat berkumpul peserta2 yang mengikuti perkhemahan tersebut.

 Kawasan makmal sekolah di waktu malam. Seram jugak yer...

 Kawasan taman yang terletak di antara blok kelas dan makmal sains. Masa aku dulu kawasan ni kosong saja, berpasir dan tempat budak2 gaduh lepas waktu sekolah.

 Kawasan kantin. Tempat aku kena oleh cikgu dulu...

Bangunan pusat sumber yang aku maksudkan tadi

Bangunan pejabat guru dan perpustakaan sekolah. Di hadapannya ialah kawasan perhimpunan, walaupun sebenarnya ianya ialah kawasan parkir untuk tetamu yang datang ke sekolah tersebut.

Dewan Teratai. Dalamnya ada court badminton dan pentas untuk apa2 kegiatan seperti pertandingan nasyid, perbahasan, berpantun dan sebagainya.

 Kawasan pagar utama sekolah

Pondok Pak Guard (masih kecik macam dulu)

 Kawasan atap besar yang dijadikan tempat menunggu oleh murid-murid

 SMK Bandar Bintulu dalam kenangan...


Monday, September 23, 2013

Bintulu Buskers : Live Acoustic Performance at Exotic Merger's 10 Anniversary, Parkcity Mall Bintulu

Pada 14hb September 2013, bersamaan dengan sabtu minggu lepas, aku menyertai persembahan komuniti muzik akustik iaitu Bintulu Buskers membuat persembahan di Parkcity Mall Bintulu. Ini merupakan kali kedua aku membuat persembahan di shopping mall ini, kali pertama dulu aku buat persembahan akustik bersama kumpulan Regiment Of Kid-Do-Wrong bersempena dengan acara perasmian Bintulu Visual-Art Community pada tahun 2011 dahulu. Lama jugak tu.

Kali ini agak berlainan sedikit. Kalau dulunya aku dan rakan2 cuma perform dengan gitar tong saja, tapi kali ini ada bantuan dari percussionist, acoustic bass guitar serta cajon. Berbalik kepada event ini iaitu Exotic Merger's 10 Anniversary. Ianya sebenarnya bagi menyambut ulangtahun ke-10 untuk kesatuan kedai pendandan rambut yang boleh dikatakan famous juga la di Bintulu (aku tak tahu menahu dalam hal ni, gua botak beb, mana ada rambut haha).

Terima kasih aku ucapkan kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput Bintulu Buskers untuk memeriahkan lagi suasana di acara sambutan ulangtahun tersebut. Aku juga berkesempatan berduet dengan vokalis utama band Regiment Of Kid-Do-Wrong iaitu cik Gazelina Mark, kalau diikutkan kami berdualah anggota band ROKDW (singkatan untuk Regiment Of Kid-Do-Wrong) yang selalu mengikuti aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh Bintulu Buskers. Support kawan punya pasal haha lagipun komuniti muzik di Bintulu kecil sahaja, yang pastinya kami cuba untuk support mana2 band yang ada di tempat kami ini.

Jom layan gambar pulak!




Pengamen Jalanan?

Masa ni kami sedang mendendangkan lagu "Rileks Brader" (Original Artists : Art Fazil feat. Imuda)



Duet bersama Tuan Lee

Bintulu Buskers : Live Acoustic Performance @ Parkcity Mall, Bintulu

Songlist:
1. If You Want Me (OST Once Cover)
2. Kingston Town (UB40)
3. Lagu (Bo Amir Ikram)

Saturday, September 21, 2013

Beberapa Video Persembahan Dari Gig "2nd Bintulu Bike Week 2013" : Busseg & Curse Of God!

Susulan dari entri yang lepas : Gig @ 2nd Bintulu Bike Week 2013 Pada 15 September 2013 di Dataran Lapangan Terbang Lama.

Di bawah merupakan beberapa koleksi video yang aku maksudkan.



BUSSEG live at 2nd Bintulu Bike Week.

Songlist:
1. Genital Grinder (Carcass)
2. Blood Sex Saliva (Cardiac Necropsy)
3. Nazi Punk Fuck Off (Napalm Death)...yang kemudiannya ditukarkan tajuk lagu kepada Syi'ah Punk Fuck Off.

The line-up:
Nizam - Vocals
Din - Drums
Adi - Guitars / Vocals

Untuk keterangan lanjut tentang BUSSEG, sila klik di SINI.




Curse Of God : Live at 2nd Bintulu Bike Week 2013

Songlist:
1. Rejection To God
2. FJC

The line-up:
Donny - Vocals, Guitars
Rashid a.k.a. Goatfather Of Bintulu Black Metal - Drums
Fadel - Guitars
Korawk - Bassist

Untuk keterangan lanjut tentang band ini, sila klik di SINI.

P/S: Maaf jika kualiti video agak kurang memuaskan. 

Wednesday, September 18, 2013

Gig @ 2nd Bintulu Bike Week 2013 Pada 15 September 2013 Bertempat Di Dataran Lapangan Terbang Lama

Pada hari ahad yang lepas iaitu 15 September 2013 bertempat di dataran lapangan terbang lama Bintulu, telah diadakan satu mini gig atau showcase bersempena Bintulu Bike Week 2013 kali ke-2. Pada beberapa hari sebelum itu, bermula 13 hingga 15 September 2013, Bintulu Bike Week telah diadakan dan ianya merupakan main event pada ketika itu. Banyak peserta pemandu motosikal berkuasa besar telah berkampung di Bintulu bagi menyertai program yang diadakan. Rata-rata peserta yang mengikuti program datang dari pelbagai tempat termasuk Brunei, Miri, Sibu, Kuching dan sebagainya. Sebenarnya aku tidaklah mengikuti sangat acara ini disebabkan pada ketika itu aku sibuk dengan hal-hal keluarga di kampung isteri aku.

Aku diberitahu tentang gig ini pun agak lewat sebenarnya, last minute punya pasal. Member-member dari band BUSSEG yang betul-betul beria-ia ingin mengikuti gig ini. Walaupun pada ketika itu aku sibuk dengan hal2 keluarga, aku cuba juga untuk meluangkan masa mengikuti program ini. Yang menjadi masalahnya ialah, kurang persediaan dalam membuat persembahan. Jamming pun tak ada. Nasib baik listing lagu yang akan dibawa untuk persembahan pun banyak lagu2 yang aku dah familiar. Walaupun aku tidak berapa selesa buat kerja last minute sebegini, apa2pun band BUSSEG akhirnya berjaya juga menjayakan program tersebut bersama band2 yang berpengaruh di Bintulu seperti Curse Of God, Metuk Ulau Project, Mother Earth dan sebagainya.

Aku juga dimaklumkan bahawa AJK yang bertanggungjawab menguruskan gig ini adalah committee yang sama mengendalikan event Bintulu Rockers Reunion Gig yang akan diadakan pada bulan November nanti. Dengar cerita ianya sepatutnya diadakan pada tarikh berkenaan (iaitu 14 & 15 September 2013) tapi ditunda pada bulan November disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Jom layan gambar-gambar pulak...

Metuk Ulau Project in action. Masa ni kalau tak silap aku mereka sedang mempersembahkan lagu "Kabus" dari Metalion Metalian ( Thanks bro Rafi kerana perbetulkan ).

 BUSSEG sedang bersedia membuat persembahan.

BUSSEG membawakan irama Grindcore tanpa belas kasihan terhadap penonton. 

Metuk Ulau Project sedang beraksi. Sayangnya aku tak sempat nak ambil video persembahan mereka, masa tu aku bergegas nak ke surau berdekatan bagi mengerjakan solat Asar.

Band Rosli Dhobi In Frame sedang mempersembahkan lagu rock 80'an yang malar segar. 

Band Rosli Dhobi In Frame lagi. Vokalisnya yang heavy metal kiut sebab pakai topi warna pink haha... 

 Band Motor Ekzos yang sedang membawakan lagu "Aces Of Spade" asalnya dari Motorhead

Band Curse Of God (Pioneer Of Bintulu Black Metal) sedang menggamatkan pentas pada petang itu.

Curse Of God dengan beberapa lagu mereka yang agak ektrim dan dahsyat. Sempat juga vokalisnya Donny buat lawak yang berkaitan dengan kaum gay hahaha...

Band Buxnid, wakil genre muzik grunge pada petang itu 

 Band Buxnid banyak mendendangkan lagu cover dari Butterfingers pada petang itu. Lagu catchy di waktu senja memang sungguh mengasyikkan.
 Geng Metuk Ulau Metalheads (versi tua) setelah selesai membuat persembahan!

P/S: Pada entri akan datang, beberapa video persembahan live oleh Busseg dan Curse Of God dari gig ini. Nantikan!

Friday, September 13, 2013

Lelaki Bertatu Dan Bertindik Ekstrim Yang Telah Memeluk Islam : Hidayah Datang Pada Mereka Yang Dipilih NYA.

Video ni aku tengok kat youtube, menarik:



Brother Abdul Malik was a former rebellious heavy metal punk musician, whose journey to Islam started from receiving a pamphlet in the street which contained the Arabic script, which caught his attention since he was fascinated with it as a child after seeing it as graphitti on the walls. His story from that day is quite interesting, including how he visited a mosque to learn more...

Monday, September 9, 2013

Movie Review : El Dia De La Bestia (English: The Day Of The Beast. Released in 1995)

El Dia De La Bestia (Official Movie Poster)

Dari Kiri: Father Angel, Professor Cavan dan Jose Maria

Semasa tahun 1999, aku suka sangat tengok movie dan selalu sewa vcd dari sebuah kedai vcd rental kat tempat aku ni (sekarang kedai tu dah takde lagi dah). Maklumlah masa tu baru saja habis SPM dan kerja part-time sahaja. Kerja part-time pula cuma jadi banquet waiter di sebuah hotel di sini, itu pun kalau ada function baru management hotel panggil aku untuk kerja. Antara koleksi2 vcd yang aku sewa pada masa itu, filem El Dia De La Bestia (The Day Of The Beast) inilah yang menjadi kegemaran aku, sampai aku buat sesi tawar menawar dengan taukeh kedai tu, mintak dia jualkan kat aku vcd ni haha.

Filem ini sebenarnya bergenrekan dark comedy, lebih kurang sama konsepnya macam filem Punch Drunk Love (Adam Sandler), Burn After Reading (John Malkovich), Transpotting (Ewan McGregor) dan sebagainya. Walaupun ianya filem dari Spanyol namun ianya tetap menarik, kalau di negara asalnya filem ini sudah mencapai taraf cult. Filem arahan Alex De La Igleasia ini mempunyai jalan penceritaan yang kreatif, dark, ada unsur satanism dan semestinya hilarious.

Sedikit sinopsis tentang filem ini. Ianya berkisarkan tentang seorang priest yang bernama Father Angel yang juga seorang professor dari jurusan Catholic Theology telah menemukan kod2 rahsia dari kitab-kitab lama yang menerangkan tentang datangnya Antichrist (kalau dalam Islam dipanggil Dajjal), spesfik tentang tarikh kelahirannya, tempat dilahirkan dan bermacam-macam lagi maklumat tentangnya. Father Angel telah komited untuk mencari Antichrist tersebut dan memusnahkannya sebelum dia dilahirkan ke dunia. Untuk berbuat demikian, Father Angel terpaksa melakukan pelbagai dosa dan ritual bagi memanggil syaitan dan memujuknya memberitahu di mana Antichrist tersebut. Dalam pengembaraan Father Angel mencari Antichrist tersebut, beliau bertemu dengan Jose Maria, seorang pengusaha kedai vinyl yang meminati muzik death/black metal dan pengacara TV rancangan misteri iaitu Professor Cavan. Mereka berdua sama-sama menolong Father Angel mencari makhluk yang bernama Antichrist tersebut. Kalau nak tau selebihnya, tonton lah filem nya haha.

Filem ini mendapat reaksi yang positif di dalam rotten tomatoes. Dalam IMDB juga pun mendapat 6.1/10 bintang secara keseluruhannya. Kalau diikutkan jalan ceritanya agak merepek tapi oleh kerana kebijaksanaan pengarah mengatur subplot filem ini, ianya tidak membosankan. Antara daya penarik dalam filem ini juga ialah muziknya yang ada mengetengahkan beberapa lagu2 dari band black metal yang aku pun tak tahu apa namanya, yang aku ingat ialah Satannica (nama pun macam Metallica dah, sungguh mainstream haha). Antara bahagian paling menarik ialah semasa Father Angel pertama kali berjumpa dengan Jose Maria di kedai metal tu. Siap belek2 LP Iron Maiden tu hahah....

Sejujurnya aku mengharapkan Hollywood dapat membuat remake untuk filem ini juga, asalkan intipati penting tidak diabaikan keseluruhannya. Tidak semua filem remake adalah rip-off semata-mata, contohnya filem The Ring dan Ju On, ianya filem yang bagus cuma tidaklah sehebat filem asalnya. Filem genre dark comedy yang disadurkan sekali dengan elemen biblical horror ini memang menarik sekali untuk ditonton, apatah lagi jika anda juga seorang peminat muzik black/death metal, aku rasa filem ini sesuai untuk tontonan kalian. 

The Day Of The Beast (Full Movie)

kalau nak sedut pun boleh hehehe...

Friday, September 6, 2013

Muzik Dan Batasannya Dalam Islam

Artikel ni aku ambil dari facebook, page mana entah. Apa yang baik datang dari Allah, apa yang kurang tu datangnya dari kita sendiri. Bermuzik tidak salah, cuma perlu ada batasan. Sama-samalah kita belajar dalam mengenali diri dan posisi kita dalan agama. Aku pun bukannya perfect sangat, banyak lagi perlu kita dalami ilmu Allah ni. Kalau ada yang tak kena, muhasabah diri lagi. Sila rujuk apa yang aku maksudkan seperti di bawah:

Bahaya muzik!!!

Wahai saudara muslimku,

Maulana Sulaiman Katani menceritakan dalam bayan beliau bahawa jikalau kita mendengar muzik maka
'NIFAK' akan tumbuh dalam hati kita seperti benih yang terkena air maka akan terus tumbuh batang dan
akarnya begitulah perumpamaan hati yang mendengar muzik-muzik dunia. Nifak dan hiprokitisi akan menular
dalam hati sehingga hati itu hitam kesannya apabila perbicaraan mengenai perkara 'haq'(yang benar) dan
agama seseorang itu tidak dapat menerimanya. Apabila membicarakan hal agama hati merasa resah dan
kepala menjadi runsing tetapi jikalau bab dunia(politik,ekonomi,fesyen,movie,muzik dsbnya) selama berjam-jam
pun tidak mengapa.

Islam ada garis panduan dalam hiburan,suara nyanyian perempuan adalah khilaf antara ulama isthihad.
Terpulang pada ketakwaan kita sahaja lagi. Kadang-kadang saya mendengar muzik sekadar pelepas rindu.
Tetapi sedar akan kesan nya boleh mengeraskan hati maka al-Quran dan hadis pengganti untuk melembut
hati.

Wahai saudara muslimku, lihatlah pada artis yang bermain alatan muzik seperti gitar dan drum, kalau dari
segi logik akal dan mata kita katakan "apa salahnya dengar black metal?" "apa salahnya metallica
berkonsert?" "itu cuma muzik Dan hiburan". Wahai saudaraku,lihatlah gelagat mereka atas pentas ketika
bermain muzik dan menyanyi,dengan goyang kepala melalak sini sana Allah telah jadikan keadaan mereka
seperti beruk-beruk dan binatang yang tidak berakal. Lelaki berambut panjang menyerupai wanita, tubuh
badan kurniaan tuhan ditatukan kononnya lebih cantik,cool(spt tidak bersyukur pemberian tuhan), telinga
hidung di sumping(ala-ala lembu gitu) dan lirik lagu menceritakan perkara batil(sia-sia dan sesat) dan lebih
menyedihkan orang-orang Islam kita mengambil artis sebagai idola dan kata-kata mereka menjadi panduan
hidup. Apa ada orang yang lebih baik ke dari rasulullah saw sebagai idola dan contoh kehidupan? Ada
perkataan yang lebih baik dari sabdaan beliau ke?

Masih ingat cerita Umar r.a ketika membaca kitab Taurat hanya untuk dapat kefahaman lebih? Umar melihat
muka Rasulullah saw merah padam dan baginda berkata, "jikalau Musa as datang pada zaman ini dan
berpandukan kitab itu nescaya Musa pun akan sesat". Bagaimana dengan kita yang sewenang-wenangnya
mencontohi kehidupan yahudi? Astarghfirullah...

Dalam bayan Maulana Sulaiman Katani,beliau katakan dalam syurga nanti ada bidadari akan menyanyi untuk
kita, bidadari ini tidak pernah dilihat oleh orang lain kecuali penghuni syurga sendiri. Nyanyian ini begitu indah
sehingga penghuni syurga katakan tidak ada suara dan muzik seindah ini didunia dahulu. Orchestra dan latar
belakang muzik terdiri dari bunyi siulan burung,desiran angin pokok, bunyi aliran sungai semuanya menyanyi
untuk penghuni syurga. Ingatkah anda betapa indahnya suara Nabi Daud as? Jikalau beliau membaca Al-
Quran indahnya suara beliau sehingga kiacauan burung berhenti bunyi sungai mengalir pun berhenti semata-
mata mendengar keindahan suara Nabi Daud as. Subhanallah!

Semoga jadi pengajaran kepada saya dan iktibar kepada anda. Wallahualam bisawa'

P/S: Salam Jumaat semua...


Monday, September 2, 2013

Movies Review : Beberapa Filem Horror / Thriller Yang Aku Tonton Kebelakangan Ini

Aku sebenarnya memang menggemari genre filem sebegini walaupun hakikatnya aku ini seorang yang penakut. Seriously speaking, aku memang bukan orang yang kuat semangat pun. Tapi entah kenapa, filem seram dan thriller sebegini seringkali memberi rasa kepuasan dan "kick" nya tersendiri berbanding dengan genre lain. Sebagai contoh, filem Evil Dead yang aku baru tengok beberapa bulan dahulu, selesai sahaja aku menonton filem tersebut, aku seringkali mengalami masalah untuk tidur sebab sentiasa terbayang wajah momok yang ada dalam filem itu. Ianya memberi kesan yang mendalam sebenarnya bagi aku hahaha.

Dibawah merupakan filem-filem yang aku baru sahaja selesai menontonnya dalam seminggu dua ni:

The Purge (2013)

The Purge : Official Movie Poster

The Purge : Official Movie Trailer

Filem The Purge ini merupakan sebuah filem action thriller sebenarnya, berlatarbelakangkan suasana masa hadapan iaitu 2022 di United States Of America (duh!), di mana satu konsep kepuasan fizikal dan mental masyarakat yang dipanggil "The Purge" telah diperkenalkan oleh kerajaan USA kepada rakyatnya. Melalui sistem "The Purge" ini rakyat USA diberi satu tarikh khas (selama sehari sahaja) untuk melakukan sebarang jenayah tidak kira merogol, merompak mahupun membunuh sesuka hati selama 24 jam, dan setelah selesai semuanya, keadaan akan jadi normal kembali. Filem lakonan Ethan Hawke dan arahan James DeMonaco ini memang sangat menarik walaupun ada jugak la elemen merepek dalam filem ini (sistem sebegini sebenarnya masih tidak dapat menyelesaikan masalah sosial).

The Last Exorcism 2 (2013)

The Last Exorcism Part 2 : Official Movie Poster

The Last Exorcism Part 2 : Official Movie Trailer

Filem The Last Exorciam Part 2 ini merupakan susulan kepada filem bahagian pertamanya yang diriliskan pada tahun 2010 dahulu. Filem ini lebih memberi perhatian kepada situasi selepas watak utamanya Nell Sweetzer lakonan Ashley Bell dijumpai di rumahnya selepas berhadapan dengan momok di filem part 1 nya. Watak Nell kali ini lebih diberi perhatian sepenuhnya. Aku agak kecewa dengan filem ini sebenarnya. Kick seramnya tidak berapa menjadi. Ada beberapa subplot dalam filem ini rasanya tidak perlu dihuraikan sepenuhnya, seolah2 membuang masa sahaja menontonnya. Kisahnya kali ini pula bukan dalam bentuk "found footage" seperti part 1 dan yang paling mengecewakan sekali ialah endingnya terlalu perdictable, arghhh yang ini memang aku rasa menyampah sangat!

Paranormal Activity 4 (2012)

Paranormal Activity 4 : Official Movie Poster

Paranormal Activity 4 : Official Movie Trailer

Aku rasa aku agak ketinggalan dalam menonton filem ini. Sudah lama sebenarnya filem ini berada di pasaran. Sudah agak basi sebenarnya haha. Walaupun bagaimanapun filem franchise "Paranormal Activity" ini tidak pernah mengecewakan aku setakat ini. Lebih kurang macam siri filem "Hostel" dan "Saw", kesemua filemnya ada kelebihannya tersendiri. Plot dalam filem ini juga sukar diramalkan akan pengakhirannya, itu yang aku suka sebenarnya. Kali ini lebih memberi penekanan dengan watak Hunter, anak buah Katie yang sudah besar (berusia lebih 10 atau 11 tahun) yang telah dijaga oleh keluarga angkatnya. Watak Katie juga ada membuat cameo dalam filem ini. Seriously, elemen witchcraft  dan "found footage" agak menjadi dan ianya bertindak sebagai kekuatan sebenar filem ini. 

The Conjuring (2013)

The Conjuring : Official Movie Poster

The Conjuring : Official Movie Trailer

Filem ini berdasarkan kisah benar yang dialami oleh sepasang suami isteri, Ed dan Lorraine Warren, yang juga merupakan pasangan penyiasat aktiviti paranormal atau lebih dikenali dengan gelaran demonologist. Filem ini memberi penekanan untuk kes gangguan makhluk jahat di Harrisville, Rhode Island yang berlaku pada tahun 1971 pada keluarga Carolyn dan Roger Perron. Filem arahan James Wan ini (James Wan merupakan pengarah kelahiran Kuching Sarawak yang sekarang menempah nama di Hollywood melalui beberapa koleksi filem horror arahan beliau seperti Insidious, Saw 1, Dead Silence dan tidak lama lagi akan dirilis iaitu Insidious : Chapter 2) juga mempunyai identitinya tersendiri akan tetapi masih mengekalkan trademark arahan beliau seperti subplot yang sukar diramal serta kesan khas yang menyeramkan. Wajib tonton kepada penggemar filem seram!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...