Wednesday, September 18, 2013

Gig @ 2nd Bintulu Bike Week 2013 Pada 15 September 2013 Bertempat Di Dataran Lapangan Terbang Lama

Pada hari ahad yang lepas iaitu 15 September 2013 bertempat di dataran lapangan terbang lama Bintulu, telah diadakan satu mini gig atau showcase bersempena Bintulu Bike Week 2013 kali ke-2. Pada beberapa hari sebelum itu, bermula 13 hingga 15 September 2013, Bintulu Bike Week telah diadakan dan ianya merupakan main event pada ketika itu. Banyak peserta pemandu motosikal berkuasa besar telah berkampung di Bintulu bagi menyertai program yang diadakan. Rata-rata peserta yang mengikuti program datang dari pelbagai tempat termasuk Brunei, Miri, Sibu, Kuching dan sebagainya. Sebenarnya aku tidaklah mengikuti sangat acara ini disebabkan pada ketika itu aku sibuk dengan hal-hal keluarga di kampung isteri aku.

Aku diberitahu tentang gig ini pun agak lewat sebenarnya, last minute punya pasal. Member-member dari band BUSSEG yang betul-betul beria-ia ingin mengikuti gig ini. Walaupun pada ketika itu aku sibuk dengan hal2 keluarga, aku cuba juga untuk meluangkan masa mengikuti program ini. Yang menjadi masalahnya ialah, kurang persediaan dalam membuat persembahan. Jamming pun tak ada. Nasib baik listing lagu yang akan dibawa untuk persembahan pun banyak lagu2 yang aku dah familiar. Walaupun aku tidak berapa selesa buat kerja last minute sebegini, apa2pun band BUSSEG akhirnya berjaya juga menjayakan program tersebut bersama band2 yang berpengaruh di Bintulu seperti Curse Of God, Metuk Ulau Project, Mother Earth dan sebagainya.

Aku juga dimaklumkan bahawa AJK yang bertanggungjawab menguruskan gig ini adalah committee yang sama mengendalikan event Bintulu Rockers Reunion Gig yang akan diadakan pada bulan November nanti. Dengar cerita ianya sepatutnya diadakan pada tarikh berkenaan (iaitu 14 & 15 September 2013) tapi ditunda pada bulan November disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Jom layan gambar-gambar pulak...

Metuk Ulau Project in action. Masa ni kalau tak silap aku mereka sedang mempersembahkan lagu "Kabus" dari Metalion Metalian ( Thanks bro Rafi kerana perbetulkan ).

 BUSSEG sedang bersedia membuat persembahan.

BUSSEG membawakan irama Grindcore tanpa belas kasihan terhadap penonton. 

Metuk Ulau Project sedang beraksi. Sayangnya aku tak sempat nak ambil video persembahan mereka, masa tu aku bergegas nak ke surau berdekatan bagi mengerjakan solat Asar.

Band Rosli Dhobi In Frame sedang mempersembahkan lagu rock 80'an yang malar segar. 

Band Rosli Dhobi In Frame lagi. Vokalisnya yang heavy metal kiut sebab pakai topi warna pink haha... 

 Band Motor Ekzos yang sedang membawakan lagu "Aces Of Spade" asalnya dari Motorhead

Band Curse Of God (Pioneer Of Bintulu Black Metal) sedang menggamatkan pentas pada petang itu.

Curse Of God dengan beberapa lagu mereka yang agak ektrim dan dahsyat. Sempat juga vokalisnya Donny buat lawak yang berkaitan dengan kaum gay hahaha...

Band Buxnid, wakil genre muzik grunge pada petang itu 

 Band Buxnid banyak mendendangkan lagu cover dari Butterfingers pada petang itu. Lagu catchy di waktu senja memang sungguh mengasyikkan.
 Geng Metuk Ulau Metalheads (versi tua) setelah selesai membuat persembahan!

P/S: Pada entri akan datang, beberapa video persembahan live oleh Busseg dan Curse Of God dari gig ini. Nantikan!

12 comments:

  1. xsempat nak bertegur sapa dgn azroy (motorekzos gitar merah), lama xjumpa mamat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu aku pernah jadi bassist (sessionist saja) untuk band Belasen Gurang yang diketuai oleh brader Azroy ni, kalau tak silap aku masa Closing Season Gig 2011.

      Delete
  2. Cayalah..terbaik la bintulu rock jalan teruss
    Adi : band Metallian yg sebenarnya..tapi takpe asalkan bunyi sama..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah agak dah...confirm aku salah eja haha...ok nanti aku perbetulkan...maklumlah banyak lagu zaman rock 80'an ni aku tak tahu especially yang heavy macam ni...

      Delete
    2. rafi pun salah eja, hehehe eja betul2 METALIAN nnti berteromber dan deaf marah, ni band kegemaran diorang ni :)

      http://berteromber.blogspot.com/2010/04/metalian-identiti.html

      Delete
    3. ermmm...confirm kena kutuk berteromber & deaf la aku lepas ni...hahaha bro rafi pun kena sekali

      Delete
    4. ehem...ehem...banyak words pulak hari rabu ni... :P

      Delete
    5. kat tajuk xde tulis "wordless wednesday" so blh dimaafkan hehehe...

      Delete
  3. first time aku baca ko reference pasal band nama Motor Ekzos.
    Lain kali ko tengok dorang main cerita lagi sikit pasal ni band eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Band member gua jugak ni bro. Muda remaja lagi. Diorang masa gig ni perform lagu cover dari Lamb Of God dan believe it or not Motorhead's Aces Of Spade...motor ekzos tu nama parody utk motorhead sebenarnya.

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...