Tuesday, January 6, 2015

CERKAS : LOVE YOU UNTIL JANNAH

CERKAS : LOVE YOU UNTIL JANNAH

Dinihari ketika itu sungguh suram. Awan yang berarak mulai mewarnakan kelabu seolah-olah kepulan asap yang hanya pegun di langit. Terlalu kelam suasana pagi itu, bagai tiada makhluk hidup yang ingin bangkit dari tidur kecuali Pak Nasrul serta isterinya, Makcik Wawa. Tapi hakikatnya flat kediaman yang didiami mereka berdua sudah lama tidak berpenghuni. Cuma masih kedengaran hiruk pikuk kotaraya yang terletak berhampiran dengan flat kediaman mereka itu.

Setelah memberikan salam semasa tahiyat akhir untuk solat subuhnya, Pak Nasrul memaling mukanya ke arah isterinya seketika yang bertindak selaku makmumnya ketika itu, lalu beliau pun membacakan doa. Mereka memang begitu. Setiap sembahyang yang dikerjakan pasti akan dibuat secara berjemaah. Tidak pernah dibuat secara berseorangan. Rumah flat mereka yang terletak di tingkat paling atas nampak berseri walaupun hakikatnya tiada perabot mahal mahupun set TV yang mahal menghiasi kediaman mereka. Teratak mereka cuma cukup untuk mereka berdua sahaja.

Setelah selesai solat subuh, Makcik Wawa mula menghampiri suaminya di sejadah hadapan. Dipegangnya tangan-tangan suaminya yang kesat dan rapuh dimamah usia itu. Senyuman dilontarkan khas buat suami tercinta. Pakcik Nasrul faham isi hati isterinya itu. Sudah hampir 40 tahun mereka menjadi suami isteri yang sah, setiap golak hati isterinya Pakcik Nasrul sudah pelajari. "Sayang, I love you until Jannah," kata Makcik Wawa yang masih bertelekung kepada suami tercinta. Pakcik Nasrul tersenyum dan membalas ucapan isterinya itu dengan ungkapan yang sama.

Nun jauh di bawah flat kediaman Pakcik Nasrul dan Makcik Wawa, rusuhan berlaku lagi walaupun baru dinihari. Kekalutan warga kota ketika itu sungguh merunsingkan. Kerajaan pada ketika itu telah mengisytiharkan darurat kepada situasi yang bakal berlaku di kota itu mahupun di mana-mana kawasan yang terlibat. Rakyat memberontak terhadap kerajaan yang dipimpin oleh golongan fasikh. Kemusnahan harta benda berlaku di mana-mana, banyak juga nyawa yang terkorban. Kerajaan sudahpun bertukar ganti menjadi sistem KUDETA, kini pihak ketenteraan yang menguasai negara. Ketidakpuasan hati rakyat semakin membuak-buak.

Semenjak penemuan komet Non Servium yang dijangka akan menghempas bumi dalam tempoh beberapa hari lagi, dunia menjadi kalut dan penuh kekecohan. Kawasan yang dijangka akan terjejas teruk ialah Asia Tenggara. Banyak negara yang terlibat tidak sempat membuat persiapan apa-apapun. Hanya berserah kepada takdir. Umat manusia hanya menanti hari kiamat yang bakal kunjung tiba.

Langit di waktu subuh itu tiba-tiba menjadi merah menyala. Banyak serpihan batu dari luar angkasa mulai jatuh ke bumi. Ramai manusia lari bertempiaran tanpa arah pada ketika itu. Hanya tinggal beberapa minit lagi untuk impak yang maha dahsyat oleh komet Non Servium menghancurkan bumi Allah. Pak Nasrul dan Makcik Wawa masih lagi di atas sejadah mereka tadi, tidak berganjak ke mana-mana. Dalam hati mereka, tiada gunanya menidakkan ketentuan Illahi yang telah diaturkan itu. Hanya berserah kepada keadaan. Pelukan mereka semakin kuat tatkala beberapa serpihan batu komet mulai terkena bangunan flat kediaman mereka itu. Ketika itu, hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di flat berkenaan. Penghuni yang lain sudah lari entah ke mana.

"I love you until Jannah too, my lovely wife," kata Pakcik Nasrul sambil memeluk erat isterinya yang tercinta. Air mata mulai mengalir di wajah mereka berdua. Bumi sudah mulai terbakar dek impak serpihan-serpihan komet itu. Flat kediaman Pakcik Nasrul serta isterinya mulai tumbang secebis demi secebis. Tiada harapan buat mereka berdua mahupun untuk semua isi bumi. Sudah terlewat untuk berbuat apa-apa pun.

Apa yang tinggal cuma berserah kepada Allah agar mereka dapat dipertemukan semula di syurgaNya setelah perhitungan di padang Mahsyar. Amin.

(cerkas kick kebenaran di awal pagi)

2 comments:

  1. Very nice. Kau tahu lagu Iron Maiden "Where The Wild Wind Blows". Ini bermula dari pementasan pentas zaman 50an tak salah aku. Tahun 70an, ada versi kartun untuk TV. Antara kartun paling sedih sangat. Sama la, suami isteri dah tua duduk kat kampung, British ngan Russia tengah perang. Sekali tu Britain semua kena nuclear bomb, dan tunggu masa radio aktif tu akan sampai kat kampung laki bini tadi..
    So dorang buat tea, minum tea, pasangan tua gitu... Sampai radioaktif sampai kat tempat dorang dan dorang mati...
    Tapi versi Maiden, Steve Harris ubah sikit cara dorang mati dari versi kartun.
    Kau masuk youtube ada kot kartun ni, tapi not for children because its so sad.

    ReplyDelete
  2. Wow, boleh check kat youtube ni nanti bro deaf. Thanks for the info! Up the irons!

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...