Band ini sering diundang untuk menjayakan parti-parti orang kenamaan di Miri dan Brunei, kebanyakannya melibatkan function2 orang putih yang bekerja dengan Syarikat Shell suatu ketika dahulu. Apa yang menariknya tentang band ini ialah instrument muzik yang digunakan oleh mereka seperti kibod jenama Korg yang juga bertindak sebagai Synthesizer serta gitar Gibson Les Paul (aku tak tau apa modelnya) yang digunakan oleh Gary Caroll. Instrumen muzik tersebut semuanya merupakan kekuatan band ini dan aku rasakan ianya agak advance pada waktu itu.
Menurut bapak aku, di antara pengalaman yang best beliau semasa menganggotai band ialah apabila mempersembahkan lagu Michael Jackson yang berjudul "Billie Jean" pada tahun 1980 di hadapan khalayak ramai yang pada ketika itu belum berapa mengetahui siapa itu Michael Jackson. Selang 6 bulan kemudian, album "Thriller" oleh Michael Jackson berada di pasaran dan mula menjadi hit di corong radio, walhal band bapak aku sudah biasa membawa lagu itu di setiap persembahan mereka. Bagaimana perkara ini berlaku? ianya bermula apabila salah seorang kenalan mereka membawa piring hitam atau Vinyl dari luar negara dan salah satu yang menjadi kesukaan mereka ialah single lagu "Billie Jean". So they give it a try masa jamming dan akhirnya lagu tersebut amat sinonim dengan mereka. haha nice one...
The Glass Bubbles membuat persembahan di Kelab Shell Lutong, Miri. Band ini mula aktif pada awal dekad 80'an dan agak popular di Miri dan Brunei.
The Line-up (From Left to Right): Duncan (Bass) Amir (Vocals, Guitar, Synth) June Caroll (Keyboards) Gary Caroll (Lead Guitar, Vocals) Andy (Drums). Perhatikan gitar Gibson Les Paul yang dipegang oleh June Caroll itu. That's authentic!
The Glass Bubbles semasa membuat persembahan di Panaga Club, Seria, Brunei. Pada posisi drums diganti sementara oleh En. Zaini Ahmad, salah seorang rakan bapak aku.P/S: Kadang-kadang aku bersetuju juga dengan pepatah lama yang berbunyi "Bapa borek anak rintik"














