Blog catatan merapu yang aku buat tentang kehidupan aku sebagai seorang pemuzik amatur (tahap bohemian), seorang ayah and loving husband, seorang penjawat awam, movie addict, pengkritik makanan, seorang muslim dan semestinya sebagai seorang pemerhati kepada sesuatu yg berlaku di persekitaranku.
Bagi menutup tirai tahun 2012 dan menyambut hari terakhir pada bulan disember ini, rasanya mungkin agak sesuai kalau tengok video dari band Counting Crows ini yang bertajuk A Long December. Lagipun ianya ada banyak kena-mengena dengan bulan Disember hehe...Enjoy!
Counting Crows - A Long December (Official Video)
P/S: Perhatikan seorang selebriti dari rancangan sitcom terkenal dekad 90'an dahulu ada buat cameo dalam music video ini. Cuba teka siapa? Oh hampir terlupa, aku malas nak buat summary pasal aktiviti aku sepanjang 2012...banyak yang tak menjadi dan ada juga azam lama yang tak tercapai...sedih
Despite All My Rage, I Am Still Just A Rat In A Cage... (Bullet With Butterfly Wings)
Jika diimbas kembali semasa dekad 90'an dahulu, ianya seolah2 menyaksikan pelbagai perubahan dalam scene muzik di peringkat antabangsa terutama sekali untuk genre muzik rock. Zaman kejatuhan glam rock, kebangkitan (serta kejatuhan) scene muzik grunge, pertembungan buat pertama kali elemen rap dan rock (sehingga terhasilnya genre nu-metal dan rapcore) dan semestinya era kegemilangan muzik alternative rock...semuanya berlaku pada dekad ini...the 90's.
The double-disc album
Jika difokuskan hanya pada genre muzik alternative, album Mellon Collie and the Infinite Sadness dari band The Smashing Pumpkins ini merupakan di antara album terpenting dari dekad tersebut dan ianya juga dipilih oleh majalah Rolling Stone sebagai di antara The 500 Greatest Albums Of All Time. Setelah mendapat nama dalam arena muzik alternative rock di USA pada ketika itu, melalui kesuksesan dari album Gish (debut album dan dirilis pada tahun 1991) dan album kedua Siamese Dream (rilisan tahun 1993 dan mempunyai hit singles berjudul Today serta Disarm), pada album ketiga mereka ini The Smashing Pumpkins kembali dengan sebuah album yang boleh dikategorikan sebagai epic zaman moden dari perspektif muzik alternative rock.
CD ini aku beli melalui eBay dan sampai ke tangan aku pada 21 Disember (hari khamis) yang lepas. Sebenarnya aku pernah memiliki album ini dalam versi kaset, akan tetapi itu semua cuma tinggal kenangan kerana kaset tersebut sering beralih tangan dari seorang rakan kepada rakan yang lain. Maklumlah zaman tu aku berada sekolah menengah lagi, era yang tidak bergantung pada mp3 untuk mendengar muzik, so kalau nak suruh member dengar lagu2 kesukaan kita, kenalah share kaset tersebut. Aku rasa situasi ini juga pernah berlaku pada kalian juga kan? Apa2pun at least sekarang aku berjaya memilikinya kembali dalam versi CD walaupun ianya hanya used item.
Cover belakang CD ini yang mempunyai senarai sebanyak 28 buah lagu dari album ini
Berbalik kepada CD ini, ianya merupakan sebuah album dalam format double-disc dan dikatakan bahawa Billy Corgan (frontman) cuba untuk membuat sebuah album yang berkonsepkan life and death serta mempunyai mood yang berlainan pada setiap lagu. Tapi walaupun begitu album ini bukalah sebuah concept album, ianya cuma kompilasi lagu2 terbaik karya Billy Corgan yang sungguh produktif menghasilkan killer songs pada ketika itu sehingga pihak label terpaksa membuat sebuah kompilasi album (boxset) yang berjudul The Aeroplane Flies High pada tahun 1996, setahun selepas terhasilnya album ini, bagi memberi ruang kepada lagu2 lain untuk didengari peminat.
End credit serta gambar band photo, line-up asal mereka (dari kiri) Billy Corgan, D'Arcy Wreztky, Jimmy Chamberlin dan James Iha
Di antara penyebab2 album ini sungguh unik pada pandangan aku ialah, selain mempunyai lagu2 hit seperti Bullet With Butterfly Wings, Tonight Tonight, 1979 dan Thirty-Three, ialah ianya sebuah album yang mempunyai pelbagai stail muzik seperti hard rock, folk akustik, sedikit elemen electronica (untuk lagu Love) dan heavy metal (ianya amat ketara pada lagu2 seperti Zero dan An Ode To No One). Ianya juga menyerlahkan lagi bakat Billy Corgan sebagai composer serta penulis lirik. Billy Corgan juga menyifatkan album ini ialah "The Wall" versi Generation X, sebagai satu perbandingan untuk album Pink Floyd rilisan tahun 1979 itu.
Lukisan2 dalam inlay nya juga agak menarik dan unik, Arnab hisap shisha?
Secara peribadi, CD ini merupakan GAS terakhir aku pada tahun 2012 ini. Adakah mengumpul CD layak dikategorikan sebagai penyakit GAS? Hantam sajalah, aku peduli apa. Apa yang penting, kini aku dah dapat balik sebuah album yang mendorong aku menjadi seorang pemuzik dari dahulu sehingga sekarang. Ianya boleh dikategorkan sebuah album KLMJ juga (Kenangan Lama Mengusik Jiwa). Thanks to The Smashing Pumpkins for the wonderful songs that you guys have made.
The Smashing Pumpkins - Tonight Tonight (Official Music Video)
The Smashing Pumpkins - Bullet With Butterfly Wings (Official Music Video)
The Smashing Pumpkins - Zero (Official Music Video)
The Smashing Pumpkins - Thirty-Three (Official Music Video)
The Smashing Pumpkins - 1979 (Official Music Video)
Aku rasa nama band punk/alternative/ska/pop/dance-hall iaitu No Doubt tidak perlu diperkenalkan lagi di mata muzik dunia. Dengan 6 buah album sepanjang karier mereka semenjak tahun 1992 di dalam music business, memenangi pelbagai anugerah, keadaan mereka agak kukuh dalam industri muzik baik dalam dunia punk/ska mahupun pop.
Pada tahun 1997 band ini telah membuat cover untuk lagu Oi To The World! dendangan asal oleh sebuah lagi band punk legenda iaitu The Vandals. Kedua-dua band ini berasal dari tempat yang sama iaitu Orange County, California dan mereka semua juga merupakan sahabat karib.
Kali pertama aku dengar lagu ini dulu, aku ingatkan ianya memang lagu asal dari No Doubt. Video muzik rasmi untuk lagu ini (dendangan No Doubt) juga sangat menarik kerana ianya berlatarbelakangkan suasana di India. Sebab kenapa mereka sepakat untuk membuat penggambaran video muzik di sana, aku pun tak berapa pasti. Tapi apa pastinya, video muzik tersebut memang hilarious dan seronok ditonton. Aku suka tajuk lagu ni, despite the old christmas song, Joy To The World, this version (Oi To The World!) is more punk-rock and a bit bad-ass!
No Doubt - Oi To The World! (Official Music Video)
No Doubt - Oi To The World (Live at MTV Live & Loud in 1997)
Oh sebelum terlambat, di sini aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal (Krismas) kepada rakan-rakan blogger yang beragama Kristian, terutama sekali sis Coffee Girl yang sering singgah dan memberi komen serta nasihat membina di blog Molotov Cocktailz aku yang tidak seberapa ini (humble siot). Merry Christmas And Happy New Year!
Until The Light Takes Us - Sebuah dokumentari yang berkisar tentang permulaan kewujudan pergerakan Black Metal yang berpengkalan di Oslo, Norway dan ianya juga menceritakan tentang bagaimana band2 black metal perintis seperti Mayhem dan Burzum menjadi satu fenomena dalam budaya Eropah seterusnya seluruh dunia. Tidak lupa juga ianya menceritakan bagaimana budaya Black Metal ini bertukar menjadi ganas dan kejam seperti kejadian membunuh diri oleh pengikutnya, pembakaran gereja dan yang paling menggerunkan pembunuhan kejam di antara leader Black Metal ini - diantara Count Grishnackh (Burzum) dan Euronymous (Mayhem).
Ianya juga mengandungi sesi temuramah bersama Gylve "Fenriz" Nagell, pengasas band dan juga drummer band Dark Throne, Jan Axel "Hellhammer" dari band Mayhem, Abbath dari Immortal (my all time favourite black metal band...period) dan yang menjadi highlight dokumentari ini ialah sesi interview bersama Varg "Count Grishnackh" Vikernes (Musician, Burzum, Mayhem) Pengasas Burzum - band one man show yang banyak mengubah corak permainan muzik black metal dari bentuk tradisional kepada sound yang lebih epik dan story-telling tentang mitos2 budaya Norway. Yang lucunya di sini, aku ingatkan pada mulanya "Count Grishnackh" adalah seorang yang buas memandang sesi interview tersebut dibuat di dalam penjara High-Security di Norway, rupa-rupanya Count ini merupakan orang yang berfalsafah tinggi dengan ideologi yang telah diciptanyanya.
Bahagian yang paling klimaks dalam dokumentari ini ialah apabila penangkapan oleh pihak berkuasa ke atas Varg Vikernes menjadi bahan sensasi media massa pada ketika itu dan ini menambahkan lagi ketegangan di antara Varg dan Oysten Euronysmous (Boss Helvete Shop dan pengasas Mayhem). Sesungguhnya mereka berdua mempunyai ideologi yang berbeza, di mana Varg dengan sifat fundementalisme terhadap kebudayaan paganisme Norway yang menganggap bahawa ajaran Kristian telah menghapuskan budaya tersebut, walhal Euronysmous pula bercita-cita tinggi untuk menubuhkan satu sindiket yang digelar Black Metal Mafia.
Dari sini kita dapat perhatikan bagaimana ideologi ini merosakkan persahabatan mereka (the circle of friends) dan sekaligus meletakkan mereka ke dalam lembah jenayah. Pada mulanya mereka cuma artis2 yang cuba mengekspresikan hasil seni mereka ke dalam bentuk muzik. Kita semua boleh ambil iktibar dari kisah ini, treat Black Metal as a music form, not a lifestyle.
Merujuk kepada entri yang lepas, aku ada mention pasal sebuah band thrash metal dari Iraq iaitu Acrassicauda melalui sebuah dokumentari yang bertajuk Heavy Metal In Baghdad. Realitinya band ini merupakan sebuah entiti yang unik kerana kesemua band members mempunyai chemistry yang hebat dalam bermain muzik despite of all the hardship of life that they have been through for the last 10 years as refugees (well more or less sebenarnya). Influence terbesar dalam muzik mereka ialah band2 ternama seperti Slayer, Metallica, Anthrax, Megadeth (senang cerita The Big 4 lah) serta beberapa pengaruh terkini seperti Machine Head dan Trivium, just to name a few. Di bawah merupakan klip video yang menjadi kegemaran aku menonton jika ada masa terluang, baik di pejabat atau di rumah (sambil berblogging dengar lagu2 diorang ni pun best gak).
"This is risky. It's dangerous. People would say it's really f*king stupid for us to be doing this (the documentary) but, you know, heavy metal rules!" - Suroosh Alvi
Kalau kita bercerita tentang negara Iraq, selalunya hanya wajah bekas diktator Saddam Hussein sahaja yang mampu terbayang di fikiran kita. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa suatu ketika dahulu, banyak band heavy metal yang berpotensi dan berdaya saing muncul semasa era pemerintahan diktator tersebut, cuma banyak yang bermain di venue serta gigs yang tertutup dan dikawal oleh beberapa pegawai kerajaan. Sahabat karib aku bro Korawk pernah berkata suatu ketika dahulu beliau banyak mengenali beberapa band metal dari Iraq melalui zines dari luar negara, cuma aku rasa mungkin banyak yang dah terkorban dalam peperangan di sana. Antara yang masih bertahan dan mampu keluar dari kemelut kehidupan yang merunsingkan di bandar Baghdad ialah band Acrassicauda.
Sejujurnya aku katakan, dokumenari ini hanya fokus terhadap band Acrassicauda sahaja. Banyak pendapat mengatakan bahawa mereka ini ialah "the first heavy metal band to emerge from Iraq". Mungkin ianya adalah kenyataan yang tidak sepatutnya disangkal lagi, lagipun mereka mampu membawa muzik mereka keluar dari Iraq dan kini menjadi salah sebuah band thrash metal yang disegani dalam scene metal di USA. Pada 9hb Mac 2010, mereka telah melancarkan EP pertama mereka yang berjudul Only The Dead See The End Of The War dan di dalam rilisan tersebut terdapat sebuah lagu yang selalu dimainkan dalam playlist PC di pejabat aku iaitu Garden Of Stones. Oh, jangan risau, tiada unsur penghinaan agama dalam mana2 rilisan mereka. Ianya banyak tertumpu tentang perihal perang saudara serta kematian.
Line-up asal band Accrassicauda (2003)
Tapi sebelum itu, banyak pengorbanan yang harus mereka tempuhi dalam menggapai impian mereka untuk menjadi rockstars. Mereka terpaksa menjadi pelarian dan kemudiannya berhijrah ke Syria. Di sana mereka terpaksa menjadi buruh kasar demi menampung kehidupan masing2 walaupun sudah bebas dari belenggu peperangan di Iraq (bahagian ini banyak diceritakan dalam bahagian kedua dokumentari ini yang berjudul Heavy Metal In Istanbul)
Accrassicauda yang terkini
Dalam dokumentari ini ada juga dinyatakan bagaimana mereka berhubung buat pertama kali dengan majalah VICE (sebuah majalah yang berpengkalan di New York dan memberi penekanan tentang kebudayaan dunia serta lifestyle) dan bagaimana mereka berjaya memberitahu dunia tentang kewujudan scene metal mereka pada tahun 2003. Suroosh Alvi yang juga merupakan co-founder majalah VICE ini bertindak sebagai narrator, pengarah serta penerbit filem dokumentari ini. Beliaulah di antara orang yang bertanggungjawab membawa Acrassicauda keluar dari Iraq dan memulakan hidup baru di negara lain.
Bagi aku filem ini tidak semestinya sesuai untuk ditonton oleh peminat muzik heavy metal sahaja. Ianya berbentuk universal dan banyak bersangkut paut tentang perihal kemanusiaan dan perjalanan hidup sebagai seorang pelarian perang. Certainly a must-watch documentary to all! Last but not least, saja nak taip quote yang ada disebut oleh Firas Al Lateef (bassist Acrassicauda) mengenai show mereka semasa era Saddam Hussein dalam dokumentari ini:
Like an Arabic saying: "To stay away from the devil, sing for him"
Di atas merupakan beberapa poster rasmi untuk filem Country Strong
Ada kalanya aku layan jugak filem2 yang bergenre musical ni. Sebagai contoh untuk filem Country Strong yang aku rasakan seolah2 cuba untuk memberitahu dunia tentang apa sebenarnya muzik Country, dan aku terus terang cakaplah, mesej tersebut memang sampai kepada penonton2 yang kurang memahami muzik Country dan salah seorangnya ialah aku haha. Bak kata review yang terdapat di poster rasmi filem ini yang mengatakan "you don't have to be a country fan to love this song".
Ini sebenarnya bukan filem musical pertama lakonan Gwyneth Paltrow. Sebelum ini beliau pernah berlakon dalam sebuah filem musical yang berorientasikan hiburan karaoke, diselitkan sedikit elemen drama iaitu Duets (lakonan bersama Huey Lewis penyanyi terkenal dekad 80'an dahulu) serta Gwyneth juga pernah membuat cameo dalam siri TV popular iaitu Glee (bertindak sebagai cikgu sandaran iaitu Miss Holly Holiday). Tapi kali ini dalam filem Country Strong pula, watak Gwyneth agak mencabar kerana beliau dikehendaki membawa karakter seorang penyanyi muzik country yang ternama tetapi mempunyai masalah kemurungan dan ketagihan arak, her name is Kelly Canter. Ternyata Gwyneth Paltrow telah berjaya membuktikan bahawa beliau mampu berlakon dan menyanyi dengan baik dan penuh komited dalam filem ini. I guess Chris Martin (vokalis kumpulan indie terkenal iaitu Coldplay) is a very lucky guy to have her as a wife, cause she's so bloody talented...a very gifted artist to be exact.
Menonton filem ini membuatkan aku terpaksa melakukan perbandingan terhadap sebuah lagu filem romantic drama iaitu Closer (lakonan Natalie Portman, Julia Robert, Jude Law dan Clive Owen). Apa yang aku rasakan sama tentang kedua2 filem ini ialah ianya memberi penekanan tentang situasi menduakan pasangan (fidelity) dan pengakhiran yang sungguh tragis. Tapi aku lebih prefer filem ini kerana ianya diselitkan dengan elemen musical lebih ke arah muzik Country, sebuah genre muzik yang dari dulu aku cuba untuk memahami dan try nak minat sikit2 hehe.Di bawah merupakan sinopsis ringkas tentang filem ini yang aku dapat dari IMDb:
A rising country-music songwriter works with a fallen star to work their way fame, causing romantic complications along the way.
Di atas merupakan 3 buah poster rasmi untuk filem "Life Of Pi"
Filem Life Of Pi ini merupakan filem ke 13 arahan Ang Lee di Hollywood. Kalau bercerita tentang mana2 filem Ang Lee, tentunya ianya berkisar tentang elemen kemanusiaan dan digauli dengan beberapa genre filem yang lain. Sebagai contoh, untuk filem Crouching Tiger, Hidden Dragon yang berkisar tentang kesetiaan, berpaling tadah serta semestinya ilmu persilatan kung fu, manakala Brokeback Mountain, lakonan legenda Hollywood Heath Ledger dan Jake Gyllenhaal lebih memberi penekanan tentang heavy drama yang melibatkan homoseksualiti dan lifestyle seorang koboi. Itu merupakan magis yang ada pada Ang Lee, seorang pengarah yang versatile dan mempunyai trademark beliau yang tersendiri.
Pada filem Life Of Pi ini juga tidak terkecuali di mana elemen ketuhanan, kemanusiaan serta the beauty of computer graphic juga diadun bersama menjadikan ianya di antara filem paling epic tahun ini, bagi pendapat aku. Walau bagaimanapun, filem ini masih dirasakan kurang sesuai untuk tontonan kanak2 mahupun remaja di bawah umur 13 tahun kerana ada beberapa babak yang rasanya masih agak skeptikal untuk diperbincangkan di dalam budaya negara kita iaitu berkenaan tentang isu perbandingan agama. Babak yang dimaksudkan ialah pada peringkat awal filem tersebut di mana watak utama iaitu Piscine Molitor Patel pada usia kanak-kanaknya sering mempersoalkan tentang beberapa agama seperti Hindu, Kristian dan Islam yang kemudiaanya mengakibatkan Pi (short form untuk nama beliau iaitu Piscine) menganuti ketiga2 agama tersebut serentak. Mungkin agak bodoh, akan tetapi begitulah kisah yang sama diceritakan pada novel asalnya (filem ini merupakan adaptasi dari novel yang mempunyai tajuk yang sama).
Kalau dilihat dari aspek visual effects pula, filem ini menggunakan khidmat sebuah syarikat produksi iaitu Rhythm & Hues Studios (R&H) yang berpengkalan di El Segundo, California. Teknik kesan khas 3D yang diterapkan dalam filem ini memang out of this world dan kadang2 ada beberapa scene dalam filem ini yang aku tak dapat nak pastikan samada ianya realiti atau fantasi, hasil CGI yang betul2 menakjubkan. Syarikat produksi ini juga pernah terlibat dalam pembikinan filem seperti Babe (1995), The Golden Compass (2008), The Hunger Games (2012) dan X Men : First Class (2011), just to name a few.
Di antara penyebab lain yang membuatkan aku tak senang duduk dan teruja menonton filem ini ialah lakonan watak Piscine Molito "Pi" Patel oleh Suraj Sharma, seorang pendatang baru dalam dunia lakonan baik di Hollywood mahupun Bollywood. Rasa2nya si Suraj ni memang kena melalui latihan secara intensif semasa pra-produksi filem ini, mana tidaknya, memang banyak scene yang crucial terutama yang melibatkan dia berenang di lautan dalam (yang ini memang ada bantuan CGI jugak la) dan babak pertarungan dengan Richard Parker, seekor harimau Bangel, di atas bot penyelemat.
Kesimpulannya, filem ini harus ditonton jika anda menyukai filem yang bergenre drama berat serta meminati kesan khas yang extravaganza. Di penghujung filem ini, apa yang dapat disimpulkan melalui kisah hidup Pi ialah, "believe in God, no matter what religion you are", satu mesej yang aku rasakan agak penting untuk disampaikan di dalam kehidupan yang serba moden kini. Aku kasi 3.5 out of 5 stars untuk filem ini. Di bawah merupakan sinopsis ringkas tentang filem Life of Pi (sumber dari IMDb):
A young man who survives a disaster at sea is hurtled into an epic journey of adventure and discovery. While cast away, he forms an unexpected connection with another survivor ... a fearsome Bengal tiger.
Oh Tidak! Seriously aku dah fed up dengar lagu ni. Hampir semua negara di dunia sekarang ini ada lagu parody Gangnam Style mereka sendiri dan Bintulu, my hometown juga tidak ketinggalan. Semenjak aku letak video MUP buat tarian gangnam style itu hari, aku dah tawar hati nak menonton video PSY. Tapi apa boleh buat, ini cuma sebuah kisah klasik one hit wonder yang pastinya akan ditelan zaman juga nanti.
Keterangan lanjut mengenai video di atas (sumber dari Youtube) :
Directed By: Ling BIG Yong Co-Director: Ngo Siong Kiong Edited By: Ling BIG Yong Camera Man: Ferdinand Lee Lyrcis By: Ling BIG Yong Original Music By: PSY - Gangnam Style Music Recorder: Ferdinand Lee
Sang By: Ling BIG Yong Wong Jen Kai Haw Guang Ferdinand Lee Shi Yang Elton Sim
Dancer: Haw Guang (PSY) Ling BIG Yong Xiao He Andy Wong Jeffery Law Q-mo Raphael Ho Wong Pang Zhen (VIDEO WONG) :http://www.facebook.com/VideoWong?ref=ts&fref=ts Samuel Wong Roland Kiew Ting Tze Kwang Shi Yang Xiao Yuan Xiao Zhou Pinky Sia Ah Nui Lai Pei Shan Lim Chyi Chyi SaSha Ang Heineken Xing Maya Choo Ling Ling Issac Wong
SPECIAL THANKS TO: 10 ROOMS KTV EVERLY HOTEL ASSYAKIRIN HOME MADE BURGER Z-TANK BAND BIARAMAS MR BILLY WONG ( Thanks for lend car )
Lyrics 歌词:
今天晚上我们一起去Pasar Malam 我带你去买Roti Canai 跟印度人 Say Hi 这里的美女你可别说没有什么好看 M字腿跳给你看
Ainul Maisarah, that's the name of my sweet daughter. The pride and joy for me and my wifey. Sekarang my dear Ainul sudahpun mencecah umur 2 tahun. Sering dimanja dan diberi kasih sayang dari my parents (nenek dan datuk nya) kerana menjadi cucu sulung dalam keluarga besar kami (my other nephew and niece pun sebenarnya mendapat kasih sayang yan sama rata from their beloved grandparents). Walaupun terdapat hakikat yang tidak dapat disangkalkan lagi di mana darah seni telahpun mengalir dalam setiap generasi keluargaku, ini tidak terkecuali untuk Ainul Maisarah.
Disebabkan Ainul dijaga sepenuhnya oleh nenek dan atuknya, maka amat obvious di mana parents aku banyak meluangkan masa dgn Ainul. Contoh yang paling ketara ialah 2 buah video di bawah di mana Ainul sedang menyanyi beberapa lagu yang diminatinya. Rakaman ini dibuat oleh my daddy, who also happen to be an internet junkie just like me haha. Video kemudiannya di upload di Youtube. My Dear Ainul, showing her singing talent. Ini semua juga hasil didikan sedikit oleh ayah aku. Haha sometimes I do think it's hilarious but at the same time, Ainul is pretty much as talented as me and my daddy.
Seriously walaupun aku seorang pemuzik amatur, tapi aku tidaklah menggalakkan anak aku meminati secara ekstrim (seperti aku) akan dunia muzik. Walaupun ianya sekadar hiburan dan hobi semata2, aku harap ianya stay that way dan tidak melarat menjadi sumber mata pencarian hidup di kemudian hari. Adalah lebih afdal untuk mengajarnya ilmu2 agama (haha aku men-tarbiyah diri aku sendiri).
Despite of all the things that I mentioned earlier, still, we have to agree on one fact. Just like that old song saying the words "Que Sera Sera, Whatever Will Be, Will Be" and yes, my dear Ainul hopefully will have a bright future in music. Aku bercadang nak hantar anakanda ku yang tersayang ni ke kelas muzik someday, I already bought a violin for her. Kalau dia macam tak berkenan dengan alatan muzik tersebut, she still have some other instruments that she can get along with such as my collection of guitars and keyboard. Kata orang, kalau nak anak pintar dan otak nya berkembang menjadi genius, hantarlah ke kelas muzik. Well, itu kata orang, but we'll see okay hahah...
Ainul menyanyikan lagu "Ibu" gubahan asal oleh Tan Sri P Ramlee
Ainul lipsinging the song "Anak Kampung" nyanyian asal Jimmy Palikat
Hari ini ialah harijadi aku yang ke 31, argghhh kalau diikutkan hati aku malas nak ingat berapa usia aku ni. Age is just a number and I hate to be reminded that I'm getting old today. So much things in life that i haven't yet done. Ok tidak mengapa, persetankan pasal nombor yang tak berapa best itu, di bawah merupakan kompilasi pics sambutan harijadi yang menarik dan lucu (dicilok dari Google) serta beberapa video best hehe...
Band Immortal dalam gaya yang superb funny tahap kerajaan langit!
Bagi kaki minum beer, rasanya "kek" sebegini memang kena dengan tempatnya
Aduh bang, takkan kek harijadi letak kat celah kotei kot?
Chuck Norris, My Hero! Haiyyaaaa!
Kek khas ditujukan buat Anton Szandor Lavey (pengasas Church of Satan....so what?)
Happy Birthday Song (by Erlosung - The Black Metal Band)
Happy Birthday - OAG (diambil dari album "Old Automatic Garbage" rilisan tahun 1994)
P/S: Takder idea punya pasal ni...buat entri blog yang merapu entah hapa2 dan kurang profesional...hampeh...
Entah macam mana, setelah menonton sebuah rancangan dari Asian Food Channel (AFC) di Astro, tiba-tiba aku melihat wifey (isteri aku) dengan tidak semena-mena terus ke dapur dan membuat sandwic ini. Cara penyediaannya sungguh ringkas dan semestinya menyelerakan. Lagipun jarang kita lihat butter prawn ataupun udang bersalut tepung dijadikan inti untuk sandwic. Selalunya orang akan taruh ikan sardin dan mackerel, paling common pun chicken ham. Di bawah merupakan resipi yang dimaksudkan berserta dengan pics sandwic tersebut:
Prawn Sandwich With French Loaf
Sandwic Udang disertakan dengan teh panas (cadangan sahaja)
Sandwic Udang secara close-up
Prawn Sandwich With French Loaf
Bahan-bahan:
Udang
Tepung Jagung (kalau digantian dengan tepung kentucky pun boleh juga)
Roti Panjang (French Loaf)
Daun Salad
Tomato
Mayonis
Sos Cili / Tomato
Cara Memasak & Penyediaan:
Udang dibuang kulitnya dan selepas itu digaul ke dalam tepung jagung. Jika udang ini digaul bersama butter pun boleh juga, seolah2 anda memasak butter prawn. Setelah udang tersebut digaul bersama tepung, ia kemudiannya digoreng dengan menggunakan frying pan. Pastikan udang tersebut tidak terlalu rangup.
Manakala roti french loaf pula dipotong menjadi 2 kerat (4 kerat pun boleh, terpulang pada anda) dan dibelah tengahnya. Sapukan mayonis di atas belahan roti tersebut. Kemudiannya diletakan daun salad serta belahan tomato di atas roti tersebut. Selepas itu, udang yang telah digoreng tadi bolehlah diletakkan di atas roti tadi (lihat gambar di atas sebagai contoh). Bagi menambahan keenakan pada sandwic tersebut, letakkan sos cili (atau tomato) di atas udang yang telah digoreng itu.
Karikatur aku serta isteri semasa di jinjang pelamin suatu ketika dahulu
Hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan aku dengan isteri tercinta. Alhamdulillah, tak terasa sekarang dah masuk 5 tahun dah. Hasil perkongsian hidup bersama, anak perempuan aku, my sweet Ainul Maisarah dilahirkan pada 30hb Mei 2009. Oh lupa nak bagi tau, kami berkahwin pada tahun 2007.
Masih banyak yang aku kena belajar untuk menjadi suami serta ayah yang baik. Maklumlah, aku cuma manusia, tidak lari dari melakukan sebarang kekhilafan. Tapi seperti kebanyakan lelaki yang bergelar suami di luar sana, aku juga mempunyai keinginan serta keazaman untuk menjadi provider, role model, leader and also a loving/soleh husband and father. Mudah2an jodoh kami kekal sehingga ke anak cucu dan ke akhir hayat, insyaAllah. Di bawah merupakan sebuah video yang aku buat. Compose lagu untuk isteri yang tercinta. Mungkin lagu ini akan aku dimuatkan di dalam rilisan band TRESNO yang akan datang. Who knows, right?
BAHTERA - ADI HERMAN (Original song made for the band TRESNO)
Sebuah lagu yang pada asalnya ditulis untuk tujuan rakaman bagi CD Demo ke-3 band aku iaitu TRESNO. TRESNO merupakan band yang bergenre alternative/indie/britpop yang telas diasaskan oleh aku semenjak tahun 2000 di mana ketika itu aku masih lagi belajar di Kolej Profesional Mara Beranang, Selangor. Band ini telah mengeluarkan sebanyak 2 CD Demo sebelum ini berjudul "Sonnet 18" dan "Dearly Departed". Sudah agak lama aku tidak berkecimpung dalam pembikinan sesuatu rilisan bagi band kesayangan aku ini. ini merupakan laman web band kami : www.myspace.com/tresno_band
BUSSEG. Font ala Burzum hehe...ini bukan logo yang rasmi, ok
Seperti yang telah dijanjikan, di bawah merupakan beberapa koleksi video persembahan live kami yang sempat di ambil oleh beberapa rakan. Aku memohon seribu kemaafan sekiranya kualiti video yang ingin dipamerkan adalah bertaraf kelas rendah, maklumlah zaman tu handphone hanya mampu ambil video berformat 3gp sahaja. Anyway , hope you guys enjoy the videos!
Busseg Live at Zoso Wars Battle of the Bands. Venue at Dewan Suarah Bintulu, Sarawak. Apparently this band chosen to be the champions amongst all other bands. BUSSEG won the competition and they took a trophy and RM500 as the prizes.
Songlist:
Samarkand (Bloodshed Cover)
Santapan Terakhir Raja Bersiong (Sil Khannaz Cover)
Line-Up:
Din - Vocals
Nizam - Drums
Lai - Guitars
Adi Herman - Guitars , Backing Vocals
Busseg Live at Titan Empire's Rocktober Gig 2010
Venue: Regency Plaza Hotel, Bintulu
Date: 30th October 2010
Time: Approximately 8.00 pm
Line-Up:
Nizam - Vocals
Din - Drums
Lai - Guitars
Adi Herman -Guitars,Backing Vocals
Songlist:
1. Torn To The Bone (Six Feet Under Cover)
2. Medley Songs - Inhale Exhale (Nasum) Genital Grind/Regurgitate (Carcass) Blood Sex Saliva (Cardiac Necropsy) Nazi Punk F**k Off (Napalm Death)
3. My Oath For Thee (Langsuyr Cover)
4. The Black-flames of Hatred (Necrotic Chaos Cover)
Kualiti agak kurang menyenangkan dan ianya adalah disengajakan.
Copyright of Metuk Ulau Underground Voices (Webzine & Distro)