Wednesday, January 30, 2013
Sunday, January 27, 2013
Movie Review : Sinister (Released 2012)
Di atas merupakan 2 poster rasmi untuk filem Sinister
Tahun 2012 agak hambar dalam pembikinan filem seram yang berjaya mencecah box-office di Hollywood. Akan tetapi segalanya berubah semasa tayangan perdana filem Sinister ini pada 12 Oktober 2012 yang lalu di Amerika. Syarikat produksi yang bertanggungjawab menjayakan filem ini ialah Blumhouse Productions, di mana mereka pernah menghasilkan beberapa filem seram kontemporari yang seriously angker seperti Paranormal Activity franchise, Insidious dan The Bay.
Pengarah untuk filem ini ialah Scott Derrickson yang juga tidak asing dengan genre seram dan thriller, di mana hasil karya beliau sebelum ini merangkumi filem2 seperti The Exorcism Of Emily Rose dan Hellraiser : Inferno. Filem ini juga menerapkan gaya "found footage" serta traditional cinematography. Walaupun pada masa sekarang, filem yang berkonsepkan found footage ini agak cliche dan terlalu overated (sebagai contoh seperti filem Cloverfield, Quarantine dan Blairwitch Project), tapi dalam filem Sinister ini ianya tidak keterlaluan dan hanya bergantung pada elemen video "Super 8" sahaja.
Watak antagonis dalam filem ini juga nampak agak berbeza dari filem seram lain kerana ianya mengetengahkan makhluk Bughuul yang diambil dari kisah dongeng German. Tidak banyak filem yang mengetengahkan mahkluk mitos dari kisah dongeng negara tersebut, Sinister memberikan ia peluang untuk menyerlahkan elemen ketakutannya.
Watak antagonis dalam filem ini juga nampak agak berbeza dari filem seram lain kerana ianya mengetengahkan makhluk Bughuul yang diambil dari kisah dongeng German. Tidak banyak filem yang mengetengahkan mahkluk mitos dari kisah dongeng negara tersebut, Sinister memberikan ia peluang untuk menyerlahkan elemen ketakutannya.
Secara peribadi, filem ini adalah antara yang paling berkesan dan sampai mesej dia berbanding filem2 seram yang diterbitkan pada tahun 2012. Ianya mempunyai jalan penceritaan yang kreatif dan tidak terlalu mengikut trend filem seram semasa. Apa yang paling best sekali ialah lakonan daripada Ethan Hawke sebagai penulis buku jenayah sebenar yang betul2 meyakinkan serta boleh dipuji mutu lakonan beliau, seolah2 sama kualiti dengan filem terdahulu beliau seperti Alive, Reality Bites, Brooklyn Finest dan Gattaca. Di bawah merupakan sinopsis untuk filem berkenaan:
A struggling true-crime novelist stumbles into a grim supernatural mystery that threatens the lives of his entire family in this nightmarish horror yarn from director Scott Derrickson (The Exorcism of Emily Rose, The Day the Earth Stood Still). Ellison (Ethan Hawke) is seeking inspiration for his latest book when he moves his wife and children into a home where an entire family perished under gruesome circumstances. Terror soon hits closer to home, however, when the writer discovers a box of old family movies in the attic of his new house, and watches in horror as images of various families being murdered flicker before his eyes. Now the deeper Ellison investigates the disturbing case, the more he begins to fear he has stirred an ancient evil that won't rest until it has claimed his entire family.
Official Movie Trailer For Sinister (2012)
Thursday, January 24, 2013
Kuliah Agama "Program Siri Menjejak Cinta Ilahi : Tafaqquh Fiddin" Oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Banner untuk kuliah agama yang dihadiri oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin
Bersempena Sambutan Maulidur Rasul
Sejujurnya aku agak terlewat mengenali Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki ini. Pertama kali mengetahui tentangnya ialah melalui blog Kaboi Tanduk (you are the best, bro! Klik di SINI untuk membaca entri blog berkenaan) yang menceritakan pengalaman beliau menghadiri majlis ilmu ataupun lebih dikenali dengan nama tausiah yang dikendalikan oleh tuan guru sendiri. Betapa beruntungnya saudara Zulhelmi (pemilik blog Kaboi Tanduk tadi) kerana berkesempatan menghadiri majlis ilmu seperti itu.
Pada 29 sehingga 30 Disember 2012 yang lepas, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki telah datang ke Bintulu bagi menjayakan sebuah program yang dinamakan Siri Menjejak Cinta Illahi : Tafaqquh Fiddin yang dianjurkan secara usaha sama oleh JASA ABF (sebuah persatuan kebajikan Islam dari syarikat Asean Bintulu Fertilizer), Syarikat Perniagaan Melayu Sdn Bhd, UPM Corner dan Syawal Engineering & Services Sdn Bhd. Jadual tuan guru agak padat semasa kehadiran beliau di Bintulu pada ketika itu. Pada 29 Disember (Sabtu) beliau menjayakan program Tausiah Untuk Pendakwah serta Pengajian Hadith (Umum) di Masjid Hidayah,Tanjung Kidurong mulai pukul 11 pagi hingga 4:30 petang. Aku cuma berkesempatan menghadiri Kuliah Khas di antara waktu maghrib dan isyak yang bertempat di Masjid Assyakirin,Bintulu.
Tuan guru bersama para pendakwah lain sebelum majlis bermula
Tuan guru memulakan ceramah beliau
Perasaan teruja aku semasa majlis ingin bermula sudah tidak ditahan lagi. Aku antara pendengar ceramah berkenaan yang duduk paling depan bersebelahan dengan tempat tuan guru berceramah. Permulaan ceramaah beliau dimulakan dengan bacaan doa serta zikir munajat. Tuan guru juga sempat memberikan beberapa potongan hadith serta ayat Al-Quran tentang pentingnya mengingati Allah dan bersalawat ke atas nabi junjungan kita, Muhammad SAW terutama sekali selepas mengerjakan solat. Beliau sering memberi peringatan tentang pentingnya memperbanyakkan bacaan tasbih, tahmid dan takbir pada setiap perlakuan kita dalam aktiviti harian kerananya akan menguatkan lagi keimanan kita terhadap Allah Azza Wajalla.
Intonasi suara beliau agak tertib dan tidak berseloroh
Apabila majlis dimulakan dengan bacaan zikir, suasana pada majlis ketika itu menjadi sayu kerana bacaan tersebut diiringi oleh beliau serta beberapa jemaah yang lain. Seriously aku pun manly tears. Memang benar, mukjizat pada kalam Allah di dalam Al Quran merupakan penawar yang paling mujarab pada setiap permasalahan yang berkaitan hati khususnya. Tuan guru berjaya mengajak para jemaah menyelami intipati zikir serta munajat yang dilafazkan pada ketika itu.
Antara ucapan beliau mengenai zikir:
"Tidak ada yang biasa sahaja tentang zikir. Zikir mengingat Allah adalah suatu perkara yang luar biasa. Ianya bukan diukur dengan jumlah bilangannya. Sebanyak mana kita berzikir, sebanyak mana kita bertasbih, sebanyak mana kita mengingat Allah, sebanyak mana kita beribadah, yang penting daripada segala-galanya ialah bagaimana kita menghadirkan hati (dengan mengingati Allah) baik dari mulut ataupun perasaan dengan tulus ikhlas, Allah semestinya mengasihi hambaNya yang berbuat demikian"
Di pertengahan kuliah agama juga ada beliau menerangkan tentang beberapa mukjizat yang ada pada Rasulullah. Topik ini agak menarik kerana ianya menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan di kalangan Rasul Ulul Azmi seperti yang dinyatakan dalam Al Quran. Di antaranya ialah Kisah Pohon Kayu Yang Tunduk Pada Perintah Rasulullah SAW:
"Daripada Jabir bin Abdullah RA, katanya: "Kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW sehinggalah suatu masa kami telah sampai dan singgah berhenti di sebuah lembah yang luas. Lantas Rasulullah SAW pun pergi untuk melaksanakan qada' hajatnya. Sementara aku pula telah menyusulnya dari belakang dengan membawanya sebekas air. Kemudian Rasulullah SAW melihat-lihat ke arah sekitarnya, tetapi Baginda SAW tidak menemui apa-apa pun yang membolehkannya berselindung dari pandangan manusia.
Tiba-tiba Baginda SAW terlihat dua pohon kayu berada di tepi lembah tersebut. Lantas Baginda SAW pun menuju ke arah salah satu daripada pohon kayu tersebut dan kemudian memegang salah satunya sambil bersabda kepadanya: "Kamu ikutlah perintahku dengan izin Allah". Lantas pohon tersebut pun mengikuti Baginda SAW dari belakang seperti unta yang telah dicucuk hidungnya yang mengikut haluan arah pemegang talinya, sehinggalah Baginda SAW sampai ke kedudukan pohon yang kedua" - diambil daripada buku tulisan tuan guru yang bertajuk 40 Kisah Motivasi : Mukjizat Rasululah SAW.
Di antara buku serta DVD kuliah beliau yang sempat aku beli selepas majlis itu selesai. Aku akan buat review pasal buku dan DVD berkenaan di lain masa, insyaAllah. T-shirt Aqsa Syarif juga ada dijual pada ketika itu.
Banyak lagi kisah mukjizat yang diceritakan namun aku cuma ingat beberapa perkara sahaja, sedih. Kuliah yang dijalankan selama hampir 2 jam itu ternyata masih tidak cukup bagi aku yang masih mendambakan ilmu2 akhirat sebegini. Mudah2an segala informasi tentang intipati kuliah ini tadi dapat diamalkan oleh kita semua sebagai perisai kita untuk melawan hawa nafsu yang ada dalam diri kita. InsyaAllah. Di bawah merupakan sedikit biografi tentang beliau:
Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Beliau dilahirkan pada 1 September 1960 dan berasal dari Banjarmasin, Indonesia. Kemudian beliau dan keluarganya menetap di tanah suci Mekah pada tahun 1974. Pada tahun 1983, beliau telah melanjutkan pengajian ke Universiti Al Azhar di Kaherah, Mesir pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islamiah. Beliau telah menubuhkan rangkaian pondok pesantren di Bogor (Indonesia), Kelantan, Kedah dan Johor. Beliau turut menghasilkan lebih dari 80 buah buku dan manuskrip.
Bacaan Qasidah bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Tuesday, January 22, 2013
TRESNO di Soundcloud.com : Pra-dengar Beberapa Lagu Kami!
InsyaAllah dalam tahun 2013 ini aku berhajat nak buat comeback untuk band alternative/indie/experimental aku ini TRESNO. Mungkin ada mengikuti beberapa siri gig yang akan diadakan sekitar Bintulu, Sarawak nanti. Just wait and see!
Untuk mendengar lagu2 di bawah, anda hanya perlu klik butang "PLAY" sahaja yang berwarna oren di sebelah kiri pada link yang diberikan.
Untuk mendengar lagu2 di bawah, anda hanya perlu klik butang "PLAY" sahaja yang berwarna oren di sebelah kiri pada link yang diberikan.
Sunday, January 20, 2013
CD Review : Radiohead I Might Be Wrong - Live Recordings (Rilisan 2001)
Kulit album asal untuk album live Radiohead : I Might Be Wrong - Live Recordings
CD untuk album berkenaan yang aku beli melalui eBay pada bulan lepas
Ini merupakan kali kedua aku membeli CD melalui laman web eBay versi Malaysia dan masih lagi menggunakan kaedah pembayaran secara bank-in, aku masih dungu dengan cara PayPal, sedih. Harga CD ini pun agak berpatutan (kurang dari RM50, belum termasuk kos poslaju). Benda rare dan imported, takkan nak expect harga sama macam di Speedy kot hehe.
CD ini merupakan album live pertama dari Radiohead dan ianya diriliskan di pasaran UK pada 12 November 2001, manakala di USA pula pada 13 November, hari keesokannya. Lagu2 dalam album ini merangkumi beberapa persembahan live mereka sekitar konsert jelajah mereka di Eropah dan Amerika Utara. Kesemua lagu (kecuali True Love Waits diambil dari B-Side/EP 2+2=5 Com Lag) diambil dari album Kid A dan Amnesiac sahaja.
Apa yang menarik mengenai album ini ialah, ianya seumpama satu statement kepada pengkritik muzik pada ketika itu yang mengatakan bahawa 2 album Radiohead (iaitu Kid A dan Amnesiac) semasa era post-OK Computer merupakan satu cubaan eksperimental yang gagal. Mereka berjaya membuktikan bahawa tanggapan pengkritik tersebut adalah salah sama sekali. Cuba dengar pada lagu "Idioteque" yang lebih sing-a-long dan mendapat komen yang memberangsangkan oleh peminat mereka. Manakala pada lagu "Everything In Its Right Place" pula penggunaan device seperti Kaoss Pad jenama Korg telah menambahkan lagi feel ambient serta meletakkan elemen eletronik sebagai tunjang utama pada struktur lagu berkenaan.
Kepada peminat Radiohead (seperti aku), album ini harus kalian miliki kerana ianya bertindak sebagai batu loncatan kepada Radiohead untuk menghasilkan album2 yang lebih bermutu seperti Hail To The Thief (2003), In Rainbows (2007) dan yang boleh dikatakan baru jugak lah The King Of Limbs (2011).
Radiohead - Idioteque (Live In Paris 2001)
Radiohead - I Might Be Wrong (Live In Paris 2001)
Radiohead - Everything In Its Right Place (Live In Paris 2001)
Radiohead - True Love Waits (Live at Beacon Theater NY 2003)
Wednesday, January 16, 2013
Pameran Petrosains Dinotrek 2 di Muzium Petroleum Miri, Sarawak
Sumber gambar dari laman web rasmi Petrosains Dinotrek
Peta untuk menuju ke Pameran Petrosains Dinotrek 2 @ Muzium Petroleum Miri
Seperti yang telah diperkatakan pada entri yang lepas tentang Muzium Petroleum Miri, kali ini aku nak bercerita sedikit tentang Pameran Petrosains Dinotrek 2 yang diadakan di tempat berkenaan. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama pihak Petrosains membuat pameran Dinotrek di muzium ini. Kalau tidak silap aku, kali pertama mereka buat pameran ini dalam tahun 2005 ataupun 2006, aku pun tak berapa pasti. Tapi masa kali pertama aku pergi ke pameran ini, aku masih bujang lagi, bawak parents ke sini (belum bawak wifey dengan anak lagi) dan dia punya exhibition facilities pun tidak berapa banyak.
Kalau di ibu negara, Petrosains Dinotrek ini dibuat di Suria KLCC pada tingkat paling atas, sama level dengan kedai buku Kinokuniya, tak silap aku la. Untuk kali kedua ini, pameran Petrosains Dinotrek sudah pun bermula pada 1 September 2012 dan akan berakhir 30 April 2013. Jadi kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran, jangan lepaskan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman secara interaktif bertemu dengan robot2 dinosaur (feel lebih kurang macam filem Jurassic Park jugak la, walaupun taklah grand sangat pun) dan ianya lebih sesuai jika dikongsikan bersama keluarga serta rakan taulan.
Antara robot2 dinosaur yang dipamerkan ialah Protoceratops, Spinosaurus, Stegosaurus, Velociraptors dan semestinya Tyrannosaurus Rex. Ada lagi yang lain, cuma aku dah tak ingat namanya. Di sini juga terdapat beberapa permainan interaktif yang sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya bersifat informatif serta educational. Tiket masuk untuk pelawat adalah seperti di bawah:
Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa di pameran berkenaan:
Robot dinosaur Maiasaurus serta beberapa replika telur2 dan anak2nya
Dinosaur Triceratop dalam bentuk mekanikal
My dear Ainul tengah bermain permainan interaktif
Salah satu game yang syok kat sini. Tembak kepala Dinosaur!
Replika kepala T-Rex di atas siling muzium tersebut
Robot dinosaur Stegosaurus. Siap ada tanda amaran "Please Do Not Touch" tu.
The Bad Boy Called T-Rex
Dinosaur Apatosaurus (atau nama lainnya Brontosaurus) . Tiada kena mengena dengan lagu "Apa kono eh Jang".
Velociraptor yang sedang bertarung dengan spesis dinosaur yang lain.
Adakah benar burung berevolusi daripada Dinosaur? Ataupun ianya semata2 teori sampah Darwinsm.
Contoh tiket untuk masuk ke pameran tersebut.
Video aksi robot dinosaur di Petrosains Dinotrek 2 @ Muzium Petroleum Miri, Sarawak
Sunday, January 13, 2013
Today Is The Day! Manchester United VS Liverpool
Speechless Sunday? I don't think so...
Aku malas nak mengarut banyak pasal match ni. Motto aku simple saja, just enjoy the game. Just sit back and cheer for your team, a couple of swearing might be legit, but still unnecessary. I've been supporting Manchester United sejak dari bangku sekolah lagi. My dad's an MU fan, my brothers also following the same footsteps. Dulu masa muda remaja, saat begini memanglah sangat dinantikan (MU vs Liverpool), tak kesah la FA Cup ataupun BPL. Sekarang semua dah dewasa, cemuh sana cemuh sini rasanya tak relevan lagi lah bagi aku especially kalau bertemu dengan Eternal Rival, our dear fiends from Anfield, Liverpool. Ya, memang betul akan berlaku dissing quotes dalam laman sosial seperti Facebook di kalangan fans pada kedua2 kelab. Come on man, kulit kita masih tak putih macam orang England, nak kelentong dan mengaku kita orang Manchester atau Liverpool pun memang kantoi lah, agak kurang bijak. Just enjoy the bloody match, sit back and relax, will ya?
Kepada bro Berteromber, jom chanting sama2 to the tune of "Glory Glory Man United". Kepada bro Faizal Skudal, harap match kali ni fair and square bro! YNWA...
Manchester United VS Liverpool
Barclays Premier League
Malaysian Kick-Off Date & Time:
13 January 2013
9:30 pm
Thursday, January 10, 2013
My Favourite Top 10 Skrillex Songs! (Welcome To The World Of Dubstep)
Sonny John Moore a.k.a Skrillex
Ok mungkin ada di antara kalian yang akan mula berkata "apa kejadah ni? apasal mamat Molotov Cocktailz ni tetiba layan muzik Techno jinjang dengan Feng Tau ni?" but whattahell, bagi aku muzik ni bersifat Universal dan aku tak seharusnya mejadi seorang yang pemilih apabila berbincang mengenainya. Tak ada sifat perkauman dalam dunia muzik.
Lagipun aku dah mula meminati muzik seperti ini (electronica, grime, house, trance, big beat) sejak dari dekad 90'an lagi, cuma masa tu aku agak selektif jugak la, hanya mendengar muzik2 dari artis seperti The Prodigy, Faithless, Massive Attack, Fatboy Slim, Aphex Twin, The Chemical Brothers dan apa jua yang mengeluarkan muzik elektronik yang di luar norma elemen Techno itu sendiri, sebab artis2 yang aku sebut tadi agak berlainan feel muzik mereka dari artis seperti Tiesto mahupun David Guetta. End of story.
Berbalik kepada topik utama tadi. Skrillex atau nama sebenarnya Sonny John Moore merupakan seorang artis muzik Dubstep (atau dalam terma yang lebih spesifik Brostep yang mewakili muzik dubstep adunan elemen muzik kontemporari Amerika seperti rock dan hip hop). Sonny sebenarnya pernah menjadi vokalis utama (dan juga frontman) untuk band post-hardcore iaitu From First To Last akan tetapi band tersebut terpaksa disbanded atas sebab tertentu. Semenjak itu Sonny mula menukar arah muziknya lalu mejadi artis dubstep seterusnya menjadikan nama Skrillex sebagai stage name beliau apabila membuat persembahan. Di bawah merupakan beberapa koleksi video Skrillex favourite aku, antara lagu2 yang sering dijadikan MP3 playlist di dalam kereta aku:
10. Ruffneck - Skrillex (Official Music Video)
Cerita pasal Santa Claus yang really depressed dan overdosed pill. Sedih.
9. Narcissistic Cannibals - Korn Featuring Skrillex (Official Music Video)
Di antara beberapa lagu Skrillex berkolaborasi dengan Korn untuk album The Path Totality
8. Still Getting It - Foreign Beggars Featuring Skrillex (Official Music Video)
Skrillex berkolaborasi dengan band hip hop dari UK Foreign Beggars
7. Breakn' A Sweat - Skrillex & The Doors (Official Music Video)
Ini bukanlah boleh dikatakan remake, cuma versi remix yang dibuat oleh Skrillex sahaja.
6. Kyoto - Skrillex feat Sirah
Antara lagu2 yang Skrillex berkolaborasi dengan Sirah untuk debut album beliau berjudul Bangarang
5. Get Up - Korn Featruing Skrillex (Official Music Video)
Sebuah lagi lagu kolaborasi antara Korn dan Skrillex untuk album The Path Of Totality
4. Make It Bun Dem - Skrillex Featuring (Official Music Video)
Antara lagu kegemaran aku! Kolaborasi Skrillex dengan Damian "Junior Gong" Marley
3. First Of The Year (Equinox) - Skrillex (Official Music video)
Diambil dari EP "More Monsters and Sprites". Music Video berbentuk amaran kepada golongan Pedophilia
2. Rock N Roll (Will Take You To The Mountain) - Skrillex (Official Music Video)
Diambil dari EP ketiga beliau yang berjudul "Scary Monsters and Nice Sprites"
1. Scary Monsters and Nice Sprites - Skrillex
Boleh dikatakan lagu inilah yang mengangkat nama Skrillex menjadi "household name" di setiap dance clubs. Antara lagu yang berjaya menembusi scene music mainstream pada sekitar tahun 2010.
Tuesday, January 8, 2013
Muzium Petroleum Miri & The Grand Old lady (Oil Well No. 1)
Ini satu lagi entri blog yang aku terlepas pandang dan sudah berada agak lama dalam draft. Haiya! memang sibuk la jadi blogger ni (alasan tak masuk akal!). Aku serta keluarga pergi ke Muzium Petroleum Miri ini kira2 dalam pertengahan bulan Mac tahun lepas, hari yang sama kami pergi ke Taman Buaya Miri (sila rujuk entri yang sebelumnya).
Muzium Petroleum Miri dan The Grand Old Lady ini terletak di atas Bukit Kanada ianya berada di tengah bandaraya Miri. Suatu ketika dahulu, terutama sekali pada dekad 70'an dan 80'an, kawasan ini merupakan kawasan setinggan yang rata2nya didiami oleh golongan pendatang dan penduduk tempatan. Kini ianya telah berubah wajah. Tempat ini telah dinaiktaraf sebagai satu tinggalan dan warisan berharga untuk negara.
The Grand Old Lady ini boleh dikatakan sebagai telaga minyak yang pertama di Malaysia. Kenapa ianya digelar The Grand Old Lady? Itu aku tak pasti tapi mungkin disebabkan ianya merupakan yang pertama seumpamanya di rantau ini, maka ianya layak digelar "Grand" dan menjadi induk kepada kesemua telaga minyak di Malaysia khususnya. Apa yang ada lihat di gambar ini hanyalah replika sahaja. The Grand Old Lady yang asal telah dibakar oleh orang tempatan pada sekitar dekad 70'an dahulu, dengar cerita dari orang2 tua ianya angker dan banyak perbuatan syirik yang dibuat di sana. Wallhualam. Aku pun tak berapa pasti. Di bawah merupakan keterangan lebih lanjut tentang The Grand Old Lady:
The 'Grand Old Lady' of Miri had had a remarkable record over her 62 years of life. She had operated almost non-stop from that day in December 1910, when she had first brought into production, until she was closed in 1941 due to war action. In that time, she had produced 563,484 barrels and was still producing 10 barrles per day. In three and a half years of occupation, Well No.1 wored for only 12 months during which she produced 4,371 barrels. At close, she was still managing to produce 3 barrels of oil a day and when finally stopped, had produced over 650,000 barrels of oil.
In the last months of operation, one of the wells still creaking slowly up and down was that same well that began the saga of Miri Well Number One. On Monday, October 1st, 1973, in a simple ceremony on top of Canada Hill, Miri, Sarawak Shell Berhad handed Malaysia's first oil well over to the State Government, to be henceforth an official monument. This became the historic Well Number One. It had then been in existence for 63 years.
Beberapa aktiviti menarik di muzium ini. My dear Ainul tengah sibuk bermain dengan permainan bongkah.
Ainul berdiri dan menyandar di tepi lukisan mural/kartun yang menarik
My wife dan Ainul bergambar di hadapan pintu masuk Muzium Petroleum Miri
My wife dan Ainul berada di bawah The Grand Old Lady
The Grand Old Lady : boleh tahan tinggi jugak replika ini ya...
P/S: Pada entri akan datang, aku akan cerita pasal pameran Petrosains Dinotrek 2 di Muzium Petroleum ini nanti, insyaAllah.
Sunday, January 6, 2013
Taman Buaya Miri : Jom Jalan-Jalan Ke Sanctuary Kerabat Bujang Senang!
Satu lagi entri yang dah berkurun lama dalam simpanan (draft) dan baru nak keluar tahun ni. Aku serta keluarga pergi ke Taman Buaya Miri ni kalau tak silap aku pada bulan Mac tahun lepas. Taman Buaya Miri ini terletak di Jalan Baram lama (menuju ke Feri Kuala Baram lama yang sudah menjadi kawasan terpinggir serta kurang daya tarikan).
Buaya-buaya sedang rehat tepi kolam
Kucing hutan yang sedang tidur
Aku Lapar, Ya Allah!
Sedang menunggu giliran untuk diberi makan
Ular yang sedang menukar kulit...cool!
Tiket yang berbentuk gelang kertas
Winnie The Pooh?
Steve Irwin pakai cermin mata? |
Me and my dearest Ainul Maisarah (sebelah aku tu tengkorak buaya)
Taman Buaya Miri ini mengambil masa 20 minit perjalanan dari bandar Miri. Ianya sememangnya menjadi tumpuan pelancong pada hujung minggu serta pada musim perayaan dan ianya mempunyai keunikannya yang tersendiri. Selain menjadi taman buaya pertama dan terbesar di wilayah utara sarawak, ianya juga menempatkan pelbagai jenis spesis haiwan yang terlindung seperti ular sawa, pelbagai spesis burung, kuda dan sebagainya
Taman Buaya Miri ini mula beroperasi pada pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini ialah mereka yang datang dari sekitar Sarawak, Sabah, Peninsular Malaysia dan tidak ketinggalan Brunei Darussalam. Yang menariknya di sini, ianya juga menyediakan makanan yang berasaskan daging buaya (mungkin ada lesen kot). Siap ada sup Bak Kut Teh Buaya tu.
Seperti yang ada di Aquaria KLCC, di sini juga anda boleh menyaksikan bagaimana pekerja2 di Taman Buaya Ini memberi makanan (berupa ayam togel) kepada para2 buaya yang lapar ke dalam kolam mereka. Ha...aksi ini adalah tarikan sebenar jika anda berada di sini. Well, bagi orang dewasa tak la best sangat kot, budak2 lah yang terlebih excited.
Alamat penuh untuk Taman Buaya Ini ialah:
Lot 164, 24km Miri-Kuala Baram Road, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia
Telefon: 085-650588 (Untuk Sebarang Pertanyaan, Boleh Hubungi Talian Ini)
Website: www.crocodile.net.my
Crocodile Feeding Session @ Taman Buaya Miri, Sarawak
Thursday, January 3, 2013
UK Fun Fair In Bintulu (October 2012 Punya Cerita)
Entri Pertama Untuk Tahun 2013!
Ok, I admit it, ianya agak lewat untuk buat entri pasal event yang dah berlaku berbulan2 lepas, terutama sekali yang melibatkan tahun 2012 (oh that is SO last year!). Tapi bak kata Butterfingers (?), Better Late Than Never kan hehe. Berbalik kepada topik utama tadi, kalau tak silap aku UK Fun Fair ni kalau tak silap mula beroperasi di Bintulu pada sekitar pertengahan bulan Oktober dan berakhir pada 2hb Disember 2012 yang lalu.
Kaunter Pembayaran Untuk Masuk Ke UK Fun Fair |
Kelihatan orang awam berpusu2 masuk ke fun fair tersebut |
Yang ni memang speeding habis! AES boleh detect ker? haha... |
Octopus - Antara Tarikan Yang Ada Di Sini |
Dalam Pusingan, Ada Lagi Pusingan Kecil! Memang Memeningkan... |
Ainul Yang Gementar Naik Merry-Go-Round |
Masih Steady Lagi Ni! |
Masa Ni Dah Start Menjerit Minta Tolong. Sedih... |
Token Yang Digunakan Sebagai Cara Pembayaran Di Fun Fair Ini |
Ronald McDonalds Pun Ada Dalam Fun Fair Ni? |
Seriously, banyak yang kurang pada fun fair ini. Dari segi keselamatan memang agak kuranglah. Aku tengok bahagian playground kanak2 pun ada yang tidak ada landing mattres yang selamat jika ada budak2 nak main slide yang berupa belon tu (tiada gambar, sorry). Tapi cakap pun tak guna kan, aku komen banyak pun, tak ada orang nak dengar jugak haha.
Kesian pulak aku tengok anak aku si Ainul Maisarah ni, anak perempuan, mungkin dia ni jenis yang tak tahan lasak. Kena game yang banyak pergerakan berpusing2 macam Carousel ni, dah rasa nak muntah angin dan menangis teresak-esak. Takpalah mungkin dah besar nanti dia boleh mengikuti Fun Fair sebegini lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)