Pada 10 Mac yang lepas, aku telah pergi berjumpa dengan seorang tukang urut yang boleh dikatakan banyak juga membantu pesakit2 nya yang menghidap demam teruk, terseliuh serta sengal2 badan. Nama dia Pakcik Usop, dia ni pun diperkenalkan kepada aku melalui seorang rakan yang sama2 aktif dalam scene music underground di Bintulu, tak lain tak bukan, saudara Amy (orang kuat di REG Recording Studio). Amy ni sering berjumpa dan meminta khidmat urut dari pakcik Usop ni kalau dia kena demam panas ataupun tak sedap badan.
Badan aku pula masih sakit2 setelah terkena serangan darah tinggi serta kolesterol pada bulan Januari dahulu, ditambah pula kepenatan yang aku alami semasa mengendalikan event Bintulu Music Fest 2013 pada minggu sebelumnya. Belakang kepala aku masih rasa sengal2 dan kadang2 berat semacam saja, siap aku bawak pergi X-Ray tu, takut2 kalau ada penyakit kronik yang ada pada badan aku ni. Doktor cakap aku tak ada apa2 komplikasi pada saraf tulang belakang mahupun di kepala. Jadi aku pun ikhtiar la guna cara tradisional iaitu menggunakan khidmat berurut.
X-Ray Bagi Bahagian Belakang Leher Aku
X-Ray Bagi Kawasan Abdomen Aku...Doktor Cakap Tak Ada Apa-Apa, Cuma Limpa Aku Saja Yang Bengkak Disebabkan Masalah Kolesterol
Sebelum berjumpa dengan Pakcik Usop tadi, aku terpaksa buat appointment dengan dia. Dia pun bagitau lah, jumpa dia di Masjid Asyakirin pada pukul 9 malam. 10 Mac masa tu hari ahad, esok dah nak kerja. Aku pun mula terfikir balik, apasal nak pergi berurut di masjid tengah malam2 buta ni? Ermm...tanpa banyak soal, aku pun pergi saja lah ke masjid berkenaan. Masjid Assyakirin ni (bukan yang dekat dengan KLCC tu ok) merupakan masjid utama bagi bahagian Bintulu. Kiranya agak besar juga lah kawasan serta struktur bangunan ini.
Masjid Assyakirin Bintulu (Sumber Dari Google)
Sampai saja aku di kawasan parking masjid berkenaan, aku pun telefon Pakcik Usop tadi. Rupa2nya dia dah tercegat di atas tangga masjid menunggu kehadiran aku. Pada pukul 9 malam begitu, tak ramai jemaah yang ada di masjid, yang tinggal pun cuma untuk beriktikaf sekejap, membaca Al Quran dan lepas tu balik ke rumah. Yang datang buat Qiamullail pun selalunya pada malam lain, bukan pada waktu berkenaan. Rupa2nya Pakcik Usop ini dilantik oleh pihak masjid menjadi security guard pada waktu malam bagi menjaga masjid berkenaan. Dah dekat 5 bulan beliau buat kerja ni. Oleh kerana Pakcik Usop ni seorang tukang urut, pihak pengurusan masjid memberi kelonggaran bagi membenarkan beliau mengurut pesakitnya (yang kebanyakannya lelaki) di ruang legar kawasan masjid ini. Malahan ada sesetengah imam masjid juga mendapatkan khidmat urut dari beliau.
Sudah lama jugak lah aku tak buat sesi berurut ni, kali terakhir pun masa aku baru kahwin tahun 2007 dulu...hehe nak dapatkan stamina la katakan. Urutan Pakcik Usop memang dahsyat la, habis segala macam angin keluar dari badan aku. Sampai berbelas kali aku sendawa dan terkentut olehnya. Nasib la Pakcik Usop ni jenis yang memahami keadaan pesakitnya. Maka aku pun diberi segala macam skill urutan refleksologi dari Pakcik Usop ni selama sejam lebih. Segala macam urat di belakang badan aku habis dia kasi betulkan alignment balik, lebih kurang macam "top overhaul" pulak aku masa tu haha.
Sepanjang sesi mengurut tu, Pakcik Usop ni tak henti2 bercerita. Dimulakan dengan dia bertanyakan aku ni kerja kat mana, tinggal di mana, isteri kerja kat mana, aku asal mana dan macam2 lagi la. Macam reporter pun ada jugak la pakcik ni. Tapi takper la, at least dia jenis yang friendly dan senang dibawa berbual. Dalam pada masa kami berbual tu, tiba2 keluar topik pulak dah. Pakcik Usop pun bercerita la pengalaman dia sepanjang 5 bulan dia jadi security guard kat masjid ni. Susah juga nak jaga masjid sebesar ni. Banyak insiden yang tidak baik selalu berlaku pada waktu malam seperti ada orang curi duit tabung masjid, curi besi penambat longkang (itu pun nak curi jugak ker?) dan yang paling teruk ialah semasa dia sendiri menangkap sepasang kekasih berbangsa cina tengah "berasmaradana" dalam kereta di tempat kawasan parking masjid berkenaan kira2 dalam pukul 2 pagi. Ada ker patut? Hampeh betul.
Kemudian beliau pun beralih ke topik yang agak mistik pula. Insiden ni selalu selalu berlaku di mana2 masjid pun, kata beliau lah, aku pun kurang pasti. Insiden yang dimaksudkan ialah apabila beliau sering mendengar laungan azan pada pukul 1 ataupun 2 pagi! Pakcik Usop ni selalu berada di kawasan ruang legar masjid semasa bertugas, bukan di ruang solat utama (kawasan saf pertama dan imam bersolat). Dari kawasan itu lah beliau sering mendengar laungan azan tersebut. Katanya, azan tu merupakan waktu subuh bagi kaum jin Islam. Wallahualam, aku pun kurang pasti. Aku hanya mampu mengiakan saja kata dia. Pernah juga Pakcik Usop ni terserempak dengan perempuan berjubah hitam berjalan menuju ke ruang solat utama pada pukul 1 pagi! Setelah terserempak dengan wanita berjubah hitam berkenaan, keesokan harinya Pakcik Usop mendengar berita kematian yang melibatkan beberapa orang jenazah perempuan. Seram jugak la cerita pakcik ni.
Katanya lagi, kalau terdengar azan tersebut pada waktu berkenaan, kita seharusnya buat endah tak endah saja. Jangan pedulikan sangat. Nanti kita pula akan terserempak dengan Jin Islam yang tengah solat. Kalau dah terserempak tu, confirm seram punya lah, kata dia lah. Aku pulak masa dia bercerita pasal hal ni, dah mula cuak dan seram satu badan haha...dah la badan sakit, ditambah lagi mendengar cerita macam ni. Makin tak tentu pasal aku dibuatnya haha.
Sekitar pukul 10:30 malam begitu, selesailah sudah sesi urut dengan Pakcik Usop tadi. Setelah bersalam dengan beliau dan beri sedikit wang pengeras (pakcik tu anggap sedekah saja), aku pun beransur pulang ke rumah. Keesokan harinya badan aku rasa segar, sakit sengal2 di badan pun dah makin kurang. Alhamdulillah segalanya atas izin Allah. Kita hanya berusaha, hanya Allah yang menentukan bila kita boleh sembuh ataupun tidak. Akan tetapi cerita mistik yang diceritakan oleh Pakcik Usop pada malam sebelumnya masih bermain di fikiran aku sehingga ke hari ini. Korang ada explanation yang munsabah tak pasal hal ni?
Sekian