Monday, September 9, 2013

Movie Review : El Dia De La Bestia (English: The Day Of The Beast. Released in 1995)

El Dia De La Bestia (Official Movie Poster)

Dari Kiri: Father Angel, Professor Cavan dan Jose Maria

Semasa tahun 1999, aku suka sangat tengok movie dan selalu sewa vcd dari sebuah kedai vcd rental kat tempat aku ni (sekarang kedai tu dah takde lagi dah). Maklumlah masa tu baru saja habis SPM dan kerja part-time sahaja. Kerja part-time pula cuma jadi banquet waiter di sebuah hotel di sini, itu pun kalau ada function baru management hotel panggil aku untuk kerja. Antara koleksi2 vcd yang aku sewa pada masa itu, filem El Dia De La Bestia (The Day Of The Beast) inilah yang menjadi kegemaran aku, sampai aku buat sesi tawar menawar dengan taukeh kedai tu, mintak dia jualkan kat aku vcd ni haha.

Filem ini sebenarnya bergenrekan dark comedy, lebih kurang sama konsepnya macam filem Punch Drunk Love (Adam Sandler), Burn After Reading (John Malkovich), Transpotting (Ewan McGregor) dan sebagainya. Walaupun ianya filem dari Spanyol namun ianya tetap menarik, kalau di negara asalnya filem ini sudah mencapai taraf cult. Filem arahan Alex De La Igleasia ini mempunyai jalan penceritaan yang kreatif, dark, ada unsur satanism dan semestinya hilarious.

Sedikit sinopsis tentang filem ini. Ianya berkisarkan tentang seorang priest yang bernama Father Angel yang juga seorang professor dari jurusan Catholic Theology telah menemukan kod2 rahsia dari kitab-kitab lama yang menerangkan tentang datangnya Antichrist (kalau dalam Islam dipanggil Dajjal), spesfik tentang tarikh kelahirannya, tempat dilahirkan dan bermacam-macam lagi maklumat tentangnya. Father Angel telah komited untuk mencari Antichrist tersebut dan memusnahkannya sebelum dia dilahirkan ke dunia. Untuk berbuat demikian, Father Angel terpaksa melakukan pelbagai dosa dan ritual bagi memanggil syaitan dan memujuknya memberitahu di mana Antichrist tersebut. Dalam pengembaraan Father Angel mencari Antichrist tersebut, beliau bertemu dengan Jose Maria, seorang pengusaha kedai vinyl yang meminati muzik death/black metal dan pengacara TV rancangan misteri iaitu Professor Cavan. Mereka berdua sama-sama menolong Father Angel mencari makhluk yang bernama Antichrist tersebut. Kalau nak tau selebihnya, tonton lah filem nya haha.

Filem ini mendapat reaksi yang positif di dalam rotten tomatoes. Dalam IMDB juga pun mendapat 6.1/10 bintang secara keseluruhannya. Kalau diikutkan jalan ceritanya agak merepek tapi oleh kerana kebijaksanaan pengarah mengatur subplot filem ini, ianya tidak membosankan. Antara daya penarik dalam filem ini juga ialah muziknya yang ada mengetengahkan beberapa lagu2 dari band black metal yang aku pun tak tahu apa namanya, yang aku ingat ialah Satannica (nama pun macam Metallica dah, sungguh mainstream haha). Antara bahagian paling menarik ialah semasa Father Angel pertama kali berjumpa dengan Jose Maria di kedai metal tu. Siap belek2 LP Iron Maiden tu hahah....

Sejujurnya aku mengharapkan Hollywood dapat membuat remake untuk filem ini juga, asalkan intipati penting tidak diabaikan keseluruhannya. Tidak semua filem remake adalah rip-off semata-mata, contohnya filem The Ring dan Ju On, ianya filem yang bagus cuma tidaklah sehebat filem asalnya. Filem genre dark comedy yang disadurkan sekali dengan elemen biblical horror ini memang menarik sekali untuk ditonton, apatah lagi jika anda juga seorang peminat muzik black/death metal, aku rasa filem ini sesuai untuk tontonan kalian. 

The Day Of The Beast (Full Movie)

kalau nak sedut pun boleh hehehe...

12 comments:

  1. Mcm menarik..dah lama juga movie ni eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup lama dah bro...masa aku abis SPM dulu layan movie dgn kwn2 memang best haha

      Delete
  2. Salam...

    Hahaha... macam best jak... mok laa try nangga.... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dipersilakan menontonnya sis...best aih...mun kitak suka filem dark comedy mcm tok la hehehe

      Delete
  3. ada kat youtube, ok aku try survey, tapi aku nanti end up fast forward, 3, 4 minit dah abis tengok..

    ReplyDelete
  4. dah tgk sikit part dia pegi kedai rekod tu...nak cari album Napalm Dez dan Iron Maiden katanya...heheh...nampak dia belek2 lp Venom - Black Metal dan The Big F.

    rasanya ramai tak tau band The Big F ni kan...ni band projek rahsia member dari kump. Berlin. Iyer yang lagu Take My Breath Away tu...saja konon nak rahsia takut mat metal tak beli album ni kalau tau dorang dari band Berlin...alamak..terlari tajuk komen pulak...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oic gua baru tau pasal band projek ni...band projek ni genre metal ker? anyway aku suka gak lagu Take My Breath Away tu haha

      Delete
    2. kalau zaman sekarang muzik macam Big F tak lah di panggil metal kot...lebih pada hard rock...atau alternative mungkin...jenis2 macam Jane's Addiction...jauh beza la kalau nak banding dengan Berlin yang main synthpop tu...

      Delete
    3. Oic, memang eksperimental habis la band Big F ni...perghh kalau dah mcm Janes Addiction tu dah kira best la, Dave Navarro still one of the best....

      Delete
  5. Replies
    1. takpa bro, gua dah attach video full movie kat entri ni. enjoy...

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...