Blog catatan merapu yang aku buat tentang kehidupan aku sebagai seorang pemuzik amatur (tahap bohemian), seorang ayah and loving husband, seorang penjawat awam, movie addict, pengkritik makanan, seorang muslim dan semestinya sebagai seorang pemerhati kepada sesuatu yg berlaku di persekitaranku.
Rakaman video ini dibuat semasa outing session bersama rakan-rakan lain bertempat di Bintulu Promenade (as usual) pada 31 Januari yang lalu. Kali ini banyak aksi yang boleh dikatakan tahap kamikaze jugalah. Aku cuma mampu ambik video sahaja. Kalau nak buat trick pelik2 minta maaf la aku memang tak berani haha. Tapi biasalah adat main benda-benda meluncur ni, kalau tak jatuh memang tak sah. Video part 2 dulu tu hanya showcase kitorang cruise secara santai sahaja, kali ni agak ekstrim jugak la.
Band Curse Of God (ehsan dari Noise Of Borneo)
Curse Of God Official Logo
Dalam video ini pula aku gunakan lagu "Curse Of God" dendangan band metal dari Bintulu iaitu Curse Of God. Oleh kerana video ini menyaksikan lagak ngeri suam-suam kuku, maka memang eloklah kiranya lagu ini dijadikan runut bunyinya (dengan izin dari pihak band juga). Oh ya, sebelum aku terlupa, jika ada di antara kalian yang berminat untuk membeli cd band Curse Of God ini silalah klik di SINI. Selamat menonton!
Four Wheels And A Board : Skateboarding & Pennyboarding In Bintulu Part 3
Cd ini aku beli melalui Jualan Mega-sale yang dibuat oleh Doc Ben (empunya blog Krenmaut). Sebenarnya ada lagi beberapa CD yang aku beli dari beliau tapi yang itu aku buat review lain kali la. Tak perlu nak kejar dateline sangat (erkk ada dateline ke untuk tulis kat blog?). Sebaik sahaja aku tengok title cd ni dalam list yang dijual tu, aku tak berfikir panjang seterusnya buat urusan pembelian takut nanti dikebas orang pulak. Nasib sempat siot. Lagipun dah lama juga aku mengidam nak dapatkan cd OST The Crow ni. Aku cuma familiar dengan beberapa lagu sahaja dari OST ini.
Inlay & CD
Atas CD pun ada printed muka Eric Draven jugak
Sebelum ini aku sudah pun memiliki beberapa merch The Crow seperti action figure, tshirt dan komik. Tapi cd OST ni memang susah betul nak dapat. Aku bukan reti sangat guna eBay. Balik2 aku search kat mudah.my ataupun melalui orang perseorangan yang jual cd melalui facebook. Berbalik kepada topik cd tadi, aku rasa memang ramai yang dah tahu pasal movie ni kan? Ini merupakan filem terakhir mendiang Brandon Lee sebelum beliau mati tertembak semasa shooting filem ini. Filem ini merupakan adaptasi dari komik ciptaan James O Barr dan ianya disusuli dengan moie sequel yang panjang dan makin mengarut. Kalau tak silap The Crow pun ada dibuat TV series (The Crow : Stairway To Heaven) yang dibintangi oleh Mark Dacascos dulu (epic fail!). As a fan, I still prefer the original version which include the character of Eric Draven and his endless vengeance.
Terdiri daripada 14 buah lagu kesemuanya
Track pertama dalam OST ini dimulakan dengan lagu "Burn" dari The Cure. Setiap kali aku dengar lagu ini, dengan intro bunyian seruling tiupan Robert Smith yang out-of-tune tetapi menyeramkan itu, aku akan kembali mengingati scene di dalam filem ini di mana burung gagak (boleh dikatakan macam guardian angel la untuk watak Eric Draven lakonan Brandon Lee) sedang terbang di langit mengelilingi bandar Detroit yang di dalam kebakaran, menunggu masa untuk menghidupkan Eric Draven kembali dari kubur! Oh ya, James O Barr juga merupakan big fan kepada band The Cure. OST ini mempunyai 14 buah lagu kesemuanya yang mempunyai artis pelbagai genre seperti Stone Temple Pilots, Nine Inch Nails, Rage Against The Machine, Rollins Band, Helmet (aku suka band ni, pengaruh besar dalam muzik Korn), Pantera, The Jesus And Mary Chain (antara band penting dalam 2nd Revival Of British Invasion sekitar awal dekad 90'an dahulu) dan banyak lagi. Lagu penamat OST ini iaitu "It Can't Rain All The Time" dendangan Jane Siberry memang kena dengan mood filem ini pada part ending nya. Watak Eric Draven dengan bandnya dalam filem ini juga mempunyai lagu dengan tajuk yang sama di dalam filem ini cuma ianya tidak diketengahkan dalam OST ini (aku pun tak faham kenapa ianya tak muncul dalam OST ini). Kalau dalam komik, watak Eric Draven ni ada band rock dia sendiri iaitu Hangman's Joe.
There's Eric Inside The Yellow Circle
Ditujukan khas kepada Brandon Lee
Menariknya mengenai cd ini ialah ianya dihasilkan sebagai tribute kepada mendiang Brandon Lee. Boleh dilihat di mana hampir setiap sudut inlay cover ada muka watak Eric Draven. Album OST ini juga pernah berada di kedudukan no. 1 pada carta Billboard Top 200 Album pada tahun 1994 (tahun ia diriliskan). Secara peribadi, cd ini merupakan one of the long-awaited items in my wishlist. Baru sekarang jumpa. Aku tengok movie The Crow lakonan Brandon Lee ni berpuluh kali pun masih tak jemu, tapi kalau tengok movie sequel dia yang lain tu, seperti City Of Angel dan Salvation, tengok sekali cukuplah (plot cerita yang hampir sama dan membosankan). Biasalah pihak Miramax Films memang suka buat filem yang over-rated dan menjemukan.
The Cure - Burn
Stone Temple Pilots - Big Empty (also taken from the album "Purple")
Rage Against The Machine - Darkness (Of Greed) : Live Version
Pada hari khamis malam jumaat minggu lepas (bersamaan dengan 13 Februari) aku telah menghadiri satu sesi latihan qasidah dan berselawat bersama rakan-rakan bertempat di Masjid At Taqwa. Masjid ni tidak jauh dari rumah sewa lama saudara Ijau dahulu. Aku pun tidak berapa tahu sejak bila surau ini telah dinaikkan status menjadi masjid tapi yang pastinya sebelum ini memang ianya boleh dikategorikan sebagai surau berjumaat (status surau yang seringkali mengadakan solat jumaat berjemaah) tapi yang pastinya kedudukan tempat ini memang strategik oleh kerana ianya terletak di antara pusat bandar dan kawasan perumahan.
Beberapa sahabat-sahabat yang sedang berlatih
Aktiviti ini dijalankan sejurus selesai sesi makan-makan selepas solat Isyak berjemaah
Berbalik kepada cerita pasal sesi latihan qasidah tadi, aku sampai di sana agak lewat sebenarnya, kira-kira pukul 8:30 malam selepas solat Isyak. Sesampainya aku di masjid berkenaan, kumpulan qasidah sudahpun membuat latihan diiringi oleh beberapa sahabat dari UG music scene Bintulu contohnya geng2 Bintulu Buskers hehehe. Pasukan ini tertubuh setelah selesainya majlis Bintulu Berselawat yang beramai-ramai dahulu. Pada masa itu kumpulan Al Mawlid juga datang bagi menjayakan majlis tersebut.
Beberapa rakan dari Bintulu Buskers juga ikut serta dalam aktiviti ini
Kebanyakan geng kami cuma jadi tukang pukul saja pada malam itu
Sayang betul aku masih tak berapa hafal beberapa qasidah di dalam sesi latihan ini. Syok juga bermain alatan muzik berbentuk percussions semasa sesi latihan ini juga. Ada beberapa lagu qasidah yang aku familiar contohnya Ya Hanana dan Tholama Asyku Ghoromi (ada track ini di dalam album pertama kumpulan Al Mawlid.
Kanak-kanak juga turut serta dalam aktiviti sebegini
Banyak manfaat sebenarnya jika kita menyertai aktiviti berselawat dan qasidah ini. Ini boleh juga menjadi satu penyebab untuk lidah kita membiasakan diri memuji Allah dan berselawat ke atas rasul terakhirnya iaitu Nabi Muhammad. After all, di Padang Mahsyar kelak, Rasulullah akan memberi syafaat ke atas umatnya yang sentiasa berselawat ke atasnya. InshaAllah suatu hari nanti aku akan berjaya menghafal beberapa lagu qasidah ini sambil diiringi oleh bunyian seruling dari saudara Barangkali Marus dan juga petikan gambus. InshaAllah doakan saja ya.
Gambus 5 Tali dengan ukiran motif Arabic Oud di badan gambus tersebut
Kepala
Fretless Neck
Gambus atau qanbūs (Bahasa Arab: القنبوس ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal dari Yemen dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua dan ia merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Sachs berpendapat nama gambus datang dari komuz Turki tetapi ia lebih mirip oud.[1] Terdapat 12 tali (sekarang nylon) yang dipetik menggunakkan plektrum, seperti gitar. Walau bagaimanapun, tidak seperti gitar, gambus tiada mempunyai fret (bilah penentu ruang nada pada alat tali). Kepopularannya merudum pada awal abad ke-20 semasa pemerintahan Imam Yahya, imam mazhab Zaidi dan seorang pemerintah Yemen. Bermula abad ke-21, gambus diganti oud sebagai alat pilihan pemain lut Timur Tengah.
Gambus popular di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Brunei dan Indonesia. Gambus mencetuskan genrenya tersendiri dan dimainkan dalam tarian Zapin sebuah tarian tradisional di negara-negara Asia Tenggara Islam. Ia dikenali sebagai gabusi di kepulauanComoros dan gabbus di Zanzibar.
Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali.
Ok kalau bercerita tentang muzik hip hop ni, aku rasa ramai yang akan kurang berminat untuk ambil tahu. Tapi aku sebagai pendengar muzik yang universal (hampir-hampir la), rasanya muzik sebegini tiada masalah untuk dihadam ke telinga aku. Lagipun pada penghujung dekad 80'an dahulu pun, semasa masih budak dulu aku memang minat dengan Vanilla Ice dan MC Hammer. Aku mengaku, tak berselindung dengan hal sebegini hahaha.
Sekali imbas pada cover CD ini, orang akan ingat yang ni band black / death metal
Tapi ada kelainan yang aku rasakan ada pada Cypress Hill. Pertama kali aku tahu tentang Cypress Hill ialah semasa album keempat mereka yang bertajuk IV (rilisan tahun 1998) dengan singles mengancam mereka seperti Tequila Sunrise dan Doctor Greenthumb. Pada awal kemunculan mereka dahulu di permulaan dekad 90'an, mereka sudahpun melangkaui sempadan dunia muzik rap apabila menyertai festival muzik rock seperti Lollapalooza (selama 2 tahun berturut-turut iaitu 1992 & 1993) serta Woodstock '94 dan berkolaborasi dengan band2 seperti Pearl Jam dan Sonic Youth (boleh rujuk OST filem Judgment Night). Berbalik kepada cd ini, Temples Of Boom merupakan album ketiga untuk Cypress Hill. CD ini juga aku beli dari saudara Ahmad Blitzenius melalui page facebook beliau dengan harga yang berpatutan.
Ianya mempunyai 15 tracks kesemunya
Aku suka tengok setem "Cannabis Indonesia" tu, macam betul pun ada
Album ketiga ini mempunyai elemen muzik yang mengkhayalkan (dibawah pengaruh marijuana), depressive, agak perlahan (hampir2 menyerupai doom kalau ikut terma muzik rock) dan diadun dengan sampling2 dan sound yang menyeramkan (di ambil dari kebanyakan filem horror Hollywood). Orang yang bertanggungjawab dalam membuat mixing muzik sebegini ialah DJ Muggs yang juga merupakan co-founder band hip hop ini. Rapping frontman untuk band ini iaitu B-Real juga menunjukkan sifat negatif yang ketara berbanding 2 album sebelumnya yang agak mainstream dan radio friendly. B-Real mengekspresikan dirinya dengan berkata tentang isu bunuh diri, hisap ganja sampai tak ingat dunia, hidup dalam keganasan yang selubungi gangsterisme (harus diingat, mereka ini ada affiliate dengan beberapa kumpulan gengster chicanos di tempat asal mereka iaitu South Gate, California.
Kalau kita perhatikan di atas itu ialah logo Soul Assasins, satu komuniti rappers/DJ yang ditubuhkan oleh mereka
Secara peribadinya aku minat dengan lagu Illusions (lagu paling depressive yang pernah mereka hasilkan), Throw Your Set In The Air dan Boom Biddy Bye Bye. Lagu "No Rest For The Wicked" pula menceritakan tentang feud mereka terhadap seorang lagi hip hop legend iaitu Ice Cube. Kemunculan album ini juga di tengah-tengah hype muzik grunge pada masa itu dan ini membuatkan muzik mereka mudah diterima di kalangan peminat muzik rock (specifically grunge).
Cypress Hill - Illusions
Cypress Hill - Throw Your Set In The Air (Official Music Video)
Cypress Hill feat. Fugees - Boom Biddy Bye Bye (Official Music Video)
Tarikh : 7 Februari 2014 (Jumaat) Masa: Sekitar pukul 5:30 petang
Seperti kebiasaannya pada waktu petang sebegini, selepas balik dari kerja pukul 5 petang aku sudah bergegas untuk ke Bintulu Promenade untuk mencergaskan badan dengan aktiviti pennyboarding. Perjalanan aku akan bermula dari Bulatan Kompas (berdekatan dengan Hotel Parkcity Everly) sehinggalah ke kawasan belakang Pasar Utama Bintulu kemudian patah balik ke lokasi permulaan tadi. Semenjak dua menjak ni hampir tiap-tiap hari aku ride pennyboard begini, baik berteman dengan rakan-rakan ataupun lone ranger sahaja. Jarak keseluruhan dari tempat mula hingga penamat dan patah balik lagi ke titik permulaan ialah lebih kurang 2.6 kilometer. Kalau aku ride jauh sikit boleh sampai 3 km rasanya hehehe.
Sedang aku melalui satu kawasan yang tidak jauh dari sebuah restoran tebingan sungai di kawasan ini, aku terserempak dengan sekumpulan budak perempuan sedang borak2 dan tengah belajar main skateboard dengan seorang budak lelaki. Budak lelaki tu aku kenal la, sama geng ride sama-sama di hujung minggu. Aku kira mereka ni semua sebaya dengan anak buah aku yang baru tingkatan 4 tahun ni. Entah macam mana, salah seorang budak perempuan tadi menjerit ke arah aku dengan panggilan "pakcik! pakcik!"...aku malas lah nak ambik port mulanya.
Selesai aku menamatkan riding aku di lokasi penamat iaitu di belakang Pasar Utama Bintulu, aku patah balik untuk kembali ke tempat permulaan tadi iaitu di Bulatan Kompas yang terletak tidak jauh dari kawasan hotel tadi. Dalam perjalanan tersebut sekali lagi aku terserempak dengan sekumpulan budak perempuan tadi. Jumlah mereka semua cuma 3 orang sahaja. Sekali lagi budak perempuan yang sama menegur aku dengan panggilan "pakcik! pakcik". Kali ini aku berhenti. Lalu bermulalah sesi dialog aku dengan diorang, kesemua perbualan ni asalnya di dalam bahasa Melayu Sarawak, tapi aku terjemahkan dalam bahasa Melayu rasmi lah:
Budak Perempuan 1: Wah! Terer nya pakcik bawak pennyboard. Boleh saya tengok board pakcik? (eh,
apsal panggil aku pakcik pulak? Tua sangat ker aku ni? Dalam hati aku berkata haha)
Aku : Erkk...tak la terer sangat. Biasa-biasa saja
Budak Perempuan 2: Laju jugak pakcik bawak pennyboard ni tadi yer. Boleh tanya berapa umur pakcik?
(la...nak tanya umur pulak dah)
Budak Perempuan 3: Umur pakcik 40 kan? (aku belum sempat jawab lagi budak ni dah mencelah...apa la!)
Budak Perempuan 2: Eh tak lah, mesti pakcik umur 35 kan? (salah! Oi aku tak la tua sangat)
Aku : Eh, tak lah. Saya baru saja 32 tahun
Budak Perempuan 2: Laaa...betul la jawapan saya tadi tu....32 tahun dekat la dengan 35 tahun (suka hati
engkau lah dik)
Budak Perempuan 1: Pakcik, boleh saya pinjam sekejap pennyboard tu? (sambil dia tunjuk pennyboard
aku...laaa...cakap la nak testing)
Aku : Ok, belasah ajerrrr....
Dalam masa lebih kurang 2 @ 3 minit begitu mereka testing ride atas pennyboard aku. Sampai nak tergolek pun ada. Lucu jugak aku tengok telatah mereka ni.
Budak Perempuan 1: Ok abang...eh pakcik, terima kasih la. Nah ni pennyboard awak. Kami nak balik dulu.
Assalamualaikum (lepas tu diorang pun beredar dari kawasan waterfront tadi)
Aku : Waalaikumsalam
Lepas tu aku pun lepak sekejap dengan budak lelaki yang tadinya mengajar sekumpulan budak perempuan tadi cara-cara bermain skateboard. Selesai saja berborak aku pun kembali riding ke tempat aku bermula tadi.
Inilah dia skater tua yang dimaksudkan (pic ehsan dari Barangkali Marus)
Sepanjang perjalanan itu aku terfikir, secara tidak sengaja aku telah memberi pendedahan kepada generasi baru tentang sukan pennyboarding ni. Sekurang-kurangnya aku telah buktikan bahawa usia bukan penghalang untuk anda mencuba apa-apa sukan yang dirasakan sesuai dengan jiwa anda. Aku sudah mula meluncur dengan papan yang beroda empat ini semenjak di bangku sekolah lagi, kini aku kembali ke sukan lama aku, walaupun kudrat tidaklah sehebat dulu, namun demi untuk menjaga kesihatan, azam kena kuat dan itulah yang aku telah lakukan. Jangan lupa juga untuk sentiasa bersyukur kepada Allah dengan nikmat kesihatan yang ada ini.
Alhamdulillah selama hampir 2 bulan aku bergiat dalam sukan pennyboarding ni, blood pressure aku semakin stabil dan tiada tanda2 diabetes. Dalam masa yang sama aku masih lagi jaga pemakanan. Masih lagi mengikut diet yang aku amalkan semasa aku kena sakit high blood pressure tahun lepas. Makan sebelum kenyang, nasi jangan banyak cukuplah segenggam, ambil sedikit supplement foods (setakat Spirulina dan Multivitamins sahaja) dan sebagainya.
Satu lagi inspirasi untuk aku kembali meluncur ialah oleh kerana seorang skateboarder legend iaitu Rodney Mullen. Dalam dunia sukan skateboard, Rodney Mullen dianggap sebagai "The Godfather Of Street Skateboarding" kerana telah mencipta lebih kurang 29 skateboarding tricks dan masih lagi bereksperimentasi sehingga kini. Beliau merupakan di antara professional skateboarder terawal sebelum zaman Tony Hawk (penghujung 80'an). Ok, mungkin aku tidaklah sehebat beliau tetapi dalam usia 48 tahun ketika ini, beliau masih lagi aktif meluncur di jalanan walaupun sudah bergelar jutawan (beliau merupakan co-founder untuk jenama skateboard World Industries). Ini sudah cukup menjadi modus operandi dan sumber inspirasi untuk aku kekal aktif dalam sukan ini. Jom saksikan salah satu ceramah beliau tentang dunia skateboarding (video di bawah):
Rodney Mullen : Pop An Ollie And Innovate (Live at TED)
Ini merupakan percubaan kedua aku untuk mengupload video tentang aktiviti skateboard dan pennyboard di Bintulu, tempat aku ini. Tanpa aku sedari selama beberapa bulan aku aktif main pennyboard dan skateboard ni, aku mulai jumpa kawan-kawan baru yang sudah lama berkecimpung dalam dunia pennyboard. Walaupun kebanyakan mereka usia lebih muda dari aku, namun itu tidak membantutkan usaha aku untuk kekal aktif dalam pennyboarding. This is my sport, some people would choose football, futsal, bowling or whatever...I really don't mind though. But for this kind of game, it's hard for me to say no...hahaha.
Di bawah merupakan video yang kedua aku buat, untuk kali pertama boleh klik di SINI. Kali ini cameraman yang terlibat ialah saudara Marus (penulis blog Barangkali Marus, rakan seperjuangan dalam muzik independent di Bintulu dan part-time seniman jalanan) manakala editing pula dibuat oleh aku sendiri. Lagu background untuk video ini pulah aku gunakan (dengan izin) lagu yang berjudul "A Friend For The End Of The World" dari sebuah band grunge tempatan (based in Kuching but originally from Bintulu) iaitu The Cuppycakes diambil dari EP mereka yang bertajuk "Man Eating Musics" (2013).
Semoga anda terhibur dengan video ini. I present to you "Four Wheels And A Board : Pennyboarding In Bintulu Part 2"...cheers!
Four Wheels And A Board : Pennyboarding In Bintulu Part 2
Manzer - Light Of The Wreckers (2013) (sumber gambar dari SINI)
Dari Kiri: Fearann (Bass), Hylde (Gitaris baru mulai 2014) dan Shaxul (Vocals & Drums)
Official Manzer Logo
Pertama sekali aku nak katakan ialah ini bukan cd aku sebenarnya, aku cuma pinjam sahaja dari sahabat baik aku iaitu Korawk Al Naseer (pemilik blog Geng Kereta Sapu). CD ini beliau dapati semasa ke Kuching pada tahun lepas untuk menyaksikan band Manzer dari France ini membuat persembahan di sebuah gig di sana. Ketika di dalam gig itu juga, 2 buah band dari Bintulu iaitu Curse Of God dan Erectus berentap sama sebagai opening bands sebelum Manzer membuat persembahan. Banyak member bagitau bahawa persembahan Manzer pada ketika itu memang mantap dan ada kelainan sedikit kerana drummer band tersbeut juga bertindak sebagai vokalis.
Cover depan cd, siap ada imej Lepperchaun tengah pegang lampu minyak tanah tu (maaf tak berapa jelas)
Walaupun ini cuma cd pinjam, tapi aku terpanggil untuk membuat review pasal cd ini. Bukan kerana apa2pun, ianya cuma disebabkan bawaan muzik yang dipersembahkan oleh Manzer dalam album sulung mereka ini. Sebelum ini Manzer hanya menghasilkan beberapa demo, live album dan split EP dengan beberapa band seperti Abigail dan Godslaying Hellblast. Band ini cuma 3 piece sahaja, namun muzik Black / Thrash Metal bisa menyentap jiwa raga yang memberontak lantas akan membuatkan kepada anda headbanging sehingga ke track terakhir yang bertajuk Manzer (seperti nama band nya).
CD yang telah ditandatangani oleh ketiga2 band member
Aku tertarik dengan beberapa lagu dalam album ini contohnya Terroir Squad yang pada pendengaran aku memang kuat pengaruh Motorhead dalam penghasilan lagu ini. Riff-riff yang dihasilkan oleh gitarisnya Romain memang kreatif dan tidak terhad kepada beberapa skill sahaja. Track seperti Hell's Most Wanted dan Underage Witch memang terbaik juga, ketukan drums dan riff2 yang kejam memang berjaya menambat hati metalheads samada anda betul2 peminat muzik thrash ataupun tidak dan rasanya mereka ini ada harapan cerah untuk menempa nama di beberapa festival metal bertaraf antarabangsa. Track yang paling aku suka ialah Pictavia merupakan lagu instrumental dan dalam masa yang sama menyerlahkan bakat mereka dalam membuat solo untuk drums, bass dan gitar (bahagi part masing2). Seolah2 aku mendengar band canadian rock Rush versi metal! Erkk...mungkin agak keterlaluan untuk dibandingkan dengan Rush kot hahaha...
Tracklist yang mempunyai 9 buah lagu kesemuanya
Check this videos out jika anda ingin mendengar lagu2 mereka!