Saturday, September 29, 2012

Borneo International Kite Festival 2012 Kini Datang Lagi!

Official Promo Poster for Borneo International Kite Festival 2012
Let's Fly In The Haze!

Kalau di Kuching sering diadakan setiap tahun keramaian seperti Rainforest World Music Festival, di Miri dengan Borneo International Jazz Festival, di Mukah dengan Pesta Kaul, di Sri Aman dengan Pesta Benak, Bintulu juga tidak ketinggalan dengan festivalnya tersendiri iaitu Borneo International Kite Festival. Pada tahun ini pendapat aku ada meriah sedikitlah berbanding tahun lepas cuma tahun ini apa yang tak best nya ialah situasi jerebu yang amat meruncingkan akibat daripada pembakaran terbuka dari kawasan ladang (dari dalam Sarawak mahupun di kawasan Kalimantan) dan faktor lain lagi.

Disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan dan semestinya boleh menggangu kesihatan, aku membuat keputusan untuk tidak membawa anak aku keluar berjalan di festival tersebut pada waktu pagi. Baru malam tadi me and my little family sempat singgah ke festival ini. Itu pun kalau ikutkan hati keberatan jugak nak ke sana (aku bukannya suka sangat tempat yang sesak sebegini, tapi kalau gig atau konsert tu lain cerita la hehe). Walaupun tarikan utama untuk festival ini ialah pertandingan layang-layang yang pelbagai rupa dan bentuk, tapi ianya juga diiringi dengan tapak jualan barangan yang kadang2 ada di Bintulu. Di antara barangan yang terjual di sini ialah baju kurung, tudung wanita, jersi sukan (sempat pulak aku beli merchandise Manchester United masa tu haha), perkakas dapur, makanan dan minuman serta banyak lagi.

Ok lah malas nak borak banyak2 pasal hal ni, let's check out some interesting pictures from the event:

Pelbagai jenis layang-layang dipamerkan di tapak jualan 

Kelihatan seorang ayah sedang memilih layang-layang untuk anak-anaknya

Pentas Utama Borneo Inernational Kita Festival 2012 
Sebenarnya aku nak tengok ada member sepejabat aku buat persembahan tarian malam tadi di sini. Flashmob Oppa Baie Style!
My dear Ainul dengan layang-layang Angry Bird nya

Kanak-kanaklah yang paling teruja kalau ada event macam ni. Petang ni nak bawak dia main bendalah ni haha
Oh ya lupa nak bagitau, aku suka tengok booth ni. Brader dari Kuching ni buat karikatur dan lukisan potret dengan harga yang berpatutan.

Peserta dari Pantai Timur juga ada mengikuti festival ini dengan membawa wau nya (pics dari official website, ini pic tahun lepas)

Layang-layang gergasi berbentuk ikan pari (pic tahun lepas diambil dari laman web rasmi BIKF)

Beginilah keadaaan sebenar layang-layang yang berterbangan di angkasa semasa festival tersebut berlangsung (pic tahun lepas dari laman web rasmi BIKF)

Perserta dari luar negara sedang bermesra dengan kanak-kanak yang berkunjung di festival berkenaan (pic tahun lepas dari laman web rasmi BIKF)
 P/S: Harap tahun depan tidak akan ada lagi jerebu yang teruk sebegini. Mudah2an InsyaAllah.

Thursday, September 27, 2012

Food Review : Bana Homemade Grill Burger! One Of The Best In Town!


Bana Homemade Grill Burger (Sumber dari Facebook)
Tidak berapa lama dahulu aku ada buat satu entri pasal stall homemade burger yang boleh membuat tempahan secara online dan melalui SMS. Kali ini aku nak bercerita pasal burger jugak tapi dari stall yang berlainan. Juga mengusahakan homemade burger tapi kali ini ianya dimasak secara grilled dan daging patty nya juga dibuat di rumah. Memperkenalkan Bana Homemade Grill Burger.

Menu yang terdapat di stall Bana Homemade Grill Burger
Diusahakan oleh salah seorang sahabat aku, Wan Mohamad Fairuz atau lebih mesra dipanggil Bana, juga merupakan seorang jurugambar semi-pro dari komuniti Fotosyntesis (Sebuah kelab DLSR di Bintulu). Jenis burger yang ada di stall beliau terbahagi kepada 3 kategori iaitu Normal (tradisional preparation iaitu grill seperti biasa tanpa ada add-on), Black Pepper (selalunya daging patty itu akan ditaburkan dengan black pepper setelah digrill) dan Cheesy (well it's obvious, hanya akan letak cheese sebagai add-on pada burger tersebut). Daging patty juga pelbagai, iaitu merangkumi daging ayam,lembu,kambing dan arnab (kambing dan  arnab merupakan special menu di stall ini).

Normal Grill Chicken & Beef Burger
Aku dan wifey cuma order Normal Grill Chicken & Beef Burger sahaja semasa menziarahi stall burger ini malam tadi. Tekstur daging yang dibuat boleh tahan jugak. Not bad at all. Tidak terlalu mentah ataupun over cooked. Sedang2 sahaja rasanya. Tapi yang menarik minat aku ialah cara penyediaan burger2 tersebut di mana sos cili atau tomato tidak diletakkan ke dalam roti burger tersebut, kerana ianya diasingkan dan anda akan diberi sekali paket kecil sos tomato atau cili seperti yang sering diamalkan di fast food restaurant yang lain contohnya McDonald ataupun KFC. Jika anda berada atau sempat singgah di Bintulu, jangan lupa untuk merasa burger dari stall burger ini. Tempahan burger boleh dibuat dengan membuat panggilan atau SMS kepada tuan punya gerai iaitu bro Bana sendiri di talian 012-8501350.

Monday, September 24, 2012

Tib Ibrahim a.k.a Kieno : Artis Youtube Dari Brunei (Genre : Acoustic)

Tib Ibrahim in action! Pic taken from his facebook
Tahun lepas aku pernah satu entri tentang persembahan aku serta family mendendangkan lagu "Bengawan Solo" (artis asal ialah Gesang, the godfather of Indonesia's Keroncong) sambil diiringi alunan ukulele aku dan gitar akustik yang dimainkan oleh sepupu aku, Tib Ibrahim. My cousin, Tib Ibrahim is such a talented guy and I'm proud of him, aku sentiasa berpendapat yang dia mempunyai harapan yang cerah dalam bidang muzik. Dia ni sebenarnya orang Brunei dan merupakan 1st cousin aku. Walaupun dia jauh lebih muda dari aku, akan tetapi bakat yang ada padanya tidak seharusnya dipandang enteng.

Tib ni suka post video dia dalam youtube, mostly his solo performance (main gitar dalam bilik!) dan cover some popular songs yang hits di radio, well some of them. Kadang2 ada jugak dia mainkan lagu2 bergenre alternative rock seperti dari band Plain White T's, The Script, OAG dan Sheila On 7. Dari segi vokal pun dia ni not bad,not bad at all. Ada character tersendiri rasanya. Kebanyakan video yang dipost memang menarik dan menyerlah bakat yang ada pada beliau. Antara artis2 youtube yang menjadi sumber inspirasinya ialah AJ Rafael, David Choi, Kina Grannis dan Gabe Bondoc, just to name a few.

Tapi hakikatnya dia bukan sekadar artis dari dalam bilik tidur sahaja. Kadang2 ada juga aku terserempak video dia buat performance secara akustik di khalayak ramai (I'm not sure what kind of event) di dalam facebook. Dia juga pernah menjadi delegasi (mewakili Brunei) ke Perhimpunan Remaja Commonwealth Peringkat Asia di Australia tahun lepas. Di sana juga beliau sempat membuat persembahan muzikal di hadapan delegasi2 dari negara lain. I wish him good luck on building his name dalam industri muzik di Brunei.

By the way, my bro Tib Ibrahim ni seringkali menggunakan gitar akustik berjenama EKO, aku tak pasti dari model apa dan tahun bila ianya dibuat. Dia juga seorang blogger (sila klik http://simplicitykieno.blogspot.com/). Anyway di harap kalian terhibur dengan persembahannya di bawah. Berikut merupakan koleksi2 video beliau:

Tib Ibrahim - Be Yours (Official Music Video). Music composed by the man himself.

Tib Ibrahim - Akustatik (OAG cover)

Tib Ibrahim - 1234 (Plain White T's cover)

Tib Ibrahim - Wont Even Start (David Choi cover)

Tib Ibrahim - Did You Know (Original composition by the man himself)

Friday, September 21, 2012

Enter Sandman Versi Gangnam Style (Performed by Metuk Ulau Projekt)


Seperti yang kita sudah sedia maklum, video Gangnam Style yang dipersembahkan oleh artis/rapper Korea yang bernama PSY kini telah menjadi sangat viral dan digilai oleh hampir semua viewers Youtube seluruh dunia. Kami dari Metuk Ulau Projekt (well not all the members) juga tidak terlepas dari kejutan budaya sebegini. Tarian kuda kepang bawaan Psy sememangnya memberi perasaan ketagih dan sungguh mengasyikkan (wadapak!). Kami mengaku yang kami dari band Metuk Ulau Projekt juga bukan band metal yang serius seperti band2 metal di luar sana. Kami juga sering membuat lawak bangang dan jokes some shitty stuff! Berikut kami mencabul lagu Enter Sandman (originally by Metallica, sorry James Hetfield) dalam bentuk yang sungguh memalukan (dan mungkin melucukan). Oh no my perut is sungguh boyot in this video.

Di bawah merupakan video parody kami untuk Gangnam Style. Harap Psy dapat pujuk Scooter Braun (producer Justin Bieber dan Psy sendiri) untuk ambil kami jadi artis rakaman. Naaattttt!!!!! Angan2 yang sungguh tahi kerbau haha...
Oppa Gendut Style!
bersama rakan2 Metuk Ulau Projekt lain. Yang menari tu ialah aku, Korawk dan Barangkali Marus dari Bintulu Buskers

Tuesday, September 18, 2012

Pics Menarik Semasa Persembahan Metuk Ulau Projekt di Majlis Ramah Tamah Aidlfitri Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Bintulu

Last Day Of Syawal!

Setelah membuat persediaan secara kelam kabut tapi masih lagi terkawal (malam 15hb September kami praktis untuk kali kedua dan terakhir, latihan yang pertama dibuat pada 8 September 2012 yang lepas). Persembahan kami diadakan pada keesokan harinya iaitu pada 16hb September 2012 bersempena dengan sambutan Hari Malaysia. Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar. Walaupun tanpa kehadiran YB Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, akan tetapi event masih lagi diteruskan dan ianya dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia sendiri iaitu Yang Berbahagia Tuan Ahmad Ridzuan Bin Ibrahim.
Amplifier Vox (Kepunyaan Korawk) dan guitar Goldtop, the pride and joy of Mr Ijau

Dari Kiri: Korawk dan Nasuki Malim (Bintulu Buskers) sedang mendengar ucapan KP Jabatan Kimia...or is it?

Dari kiri: Azrul (Lead Guitarist of MUP) dan Bob Iskandar (Drummer MUP) sedang menjamu selera sebelum beraksi di hadapan penonton

KP Jabatan Kimia sedang memberi ucapan

Metuk Ulau Projekt in Action!
Bob Iskandar a.k.a Shaolin Master dengan Digital Drums Medeli nya

Sunday, September 16, 2012

Dokumentari Yang Berjudul "10 Tahun Sebelum Merdeka" (Terbitan 2007)

Selamat Menyambut Hari Malaysia!

Dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka

Selepas menonton dokumentari ini, perspektif aku tentang perihal kemerdekaan mulai berubah. I have a huge respect to our ancestors who fought for our independent before. Sekarang baru kita tahu pihak mana yang mula2 memulakan gerakan kemerdekaan yang sebenar. Keterangan ringkas tentang dokumentari ini:

20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Filem dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik kiri untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.

10 Tahun Sebelum Merdeka (10 Years Before Independence)
Directed by Fahmi Reza
Historical documentary / Malaysia / 32 minutes / 2007

Most Outstanding Human Rights Film, Freedom Filmfest 2007



This is the documentary that I mention earlier

Thursday, September 13, 2012

CD Review : The Lemonheads Sixth Album "Come On Feel The Lemonheads"

CD Come On Feel The Lemonheads (Rilisan tahun 1993)
CD inlay album tersebut yang penuh keceriaan haha
Gotta Own Up On My Own Somehow..

Baru sahaja menerima CD Come On Feel The Lemonheads dari saudara Berteromber beberapa hari lepas, hati aku dah menjadi berbunga2 sebab baru sekarang aku actually have the infamous album by the band I always admired, The Lemonheads. Bro Berteromber siap ada buat entri tu pasal trading CD ni dengan CD Motorhead kepunyaan aku sebelum ini hehe terima kasih yang tak terhingga bro. I'd die a happy man now, thanks to you bro. Hampir beberapa hari dah aku asyik pasang mp3 The Lemonheads dari album ni di dalam kereta aku on the way nak ke tempat kerja haha it really cheer up my days!

Ok berbalik kepada review untuk album ini. Rupa2nya setelah aku membuat kajian, ini merupakan album ke ENAM mereka! Aku ingatkan album It's A Shame About Ray rilisan tahun 1992 merupakan album pertama mereka, damn. Mana tidaknya, diorang ni baru nak famous samada di Amerika ataupun di UK pada awal dekad 90an dahulu pun oleh kerana single pertama dari album tersebut yang bertajuk Mrs. Robinson (sebuah lagu cover dari Simon & Garfunkel, yup it's a cover song. Not their own property though). 

Apa2pun album ini (Come On Feel The Lemonheads) memecah tradisi kepada The Lemonheads kerana melaluinya juga mereka mengecapi kejayaan secara peringkat antarabangsa melalui penjualan CD & kaset secara meluas serta tour yang agresif (diorang siap buat tour berbulan2 lamanya di Australia suatu ketika dahulu). Secara peribadinya aku mengenali dengan lebih mendalam tentang muzik band ini apabila ada satu stesen radio kerajaan berbahasa Inggeris sering memutarkan lagu2 mereka yang berjudul Dawn Can't Decide dan Into Your Arms (my all time favorite!) kalau tak silap aku antara tahun 1993 ke 1994 rasanya. Pada album ini, apa yang aku dapat simpulkan tentang muzik mereka ialah, it's a great mixture and almost immaculate blend of country, rock & roll and punk rock! Well, mungkin ada sedikit nilai grunge di beberapa tempat tapi ianya tidak ketara sangat.

Ramai yang tidak tahu bahawa lagu Into Your Arms merupakan satu lagi lagu cover. Lagu tersebut ciptaan asal oleh Robyn St Clare dari kumpulan The Hummingbirds, akan tetapi kemudiannya diletakkan lagu tersebut dalam debut album band duo beliau iaitu Love Positions (duet album bersama Nic Dalton yang juga merupakan pemain bass The Lemonheads pada ketika itu). Lupa nak bagitau, mereka berdua (Robyn dan Nic) berasal dari Australia. That's an interesting fact, right! duh...

Album ini mempunyai 15 buah track kesemuanya. Come on man, bagi die-hard fan alternative rock era 90'an macam aku ni, semua lagu dalam album ni all-killer-no-filler! Mana adil kalau kita buat perbandingan yang berbeza pada sesetengah lagu dalam album ni. Dari lagu The Great Big No hinggalah track terakhir The Jello Fund (lagu carca marba di mana Evan Dando tengah show off skill piano dia yang tak berapa best tu...diselangi dengan lagu yang berjudul "Lenny"), semuanya menarik dan catchy. Apa yang menguatkan lagi magis yang ada pada album ini ialah gandingan suara Juliana Hatfield (ex-member band trio indie 80an dahulu iaitu Blake Babies) serta Belinda Carlisle (masih ada yang ingat lagu Heaven Is A Place On Earth yang pernah famous suatu ketika dahulu? Haha dialah penyanyi untuk lagu itu) sebagai backing vocalists serta alunan instrumen Pedal Steel Guitar oleh seorang pemuzik bernama Sneaky Pete pada lagu2 seperti Being Around dan Big Gay Heart (ok lagu ini tiada kaitan langsung dengan homoseksual, malah ianya lebih mempromosikan kedamaian manusia sejagat. After all, the meaning of "gay" in old English is happy)

Damn, sudah sekian lama aku mencari CD ini, akhirnya dapat juga! Almost of the songs in this album are like the soundtracks of my life...masa aku sekolah dulu, aku cuma mampu dubbing dari kaset kawan aku sahaja. Sedih juga masa tu. Anyway, this album is still and always be legendary to me and some of my old friends! Evan Dando, we salute you! Kepada mereka yang belum membaca review aku tentang album The Lemonheads self-title previously, anda boleh klik di SINI!

P/S: Misi seterusnya...mencari CD album It's A Shame About Ray dan Car Button Cloth!

The Lemonheads - The Great Big No (Official Music Video)

 The Lemonheads - Into Your Arms (Official Video)

The Lemonheads - Being Around (Official Video - Acoustic Version)

Monday, September 10, 2012

CD Review : Spiral Kinetic Circus "Sweetened Condensed Tunes For The Broken Hearted"

CD Spiral Kinetic Circus album yang berjudul "Sweetened Condensed Tunes For The Broken Hearted"
CD inlay yang mempunyai credits dan lirik lagu



Kumpulan Spiral Kinetic Circus merupakan di antara band2 alternative tempatan yang bergiat aktif pada dekad 90'an dahulu. Kumpulan yang ditubuhkan di Kuala Lumpur mulai aktif pada awal dekad 90'an lagu melalui siri2 gig alternative ketika itu. Pengasasnya iaitu Fathullah Luqman Yusuf yang juga merangkul tanggungjawab sebagai vokalis band grindcore tempatan iaitu Infectious Maggots (one of my favorite local grindcore band), merupakan tunggak utama pada band SKC (short form untuk Spiral Kinetic Circus la).

CD yang berjudul "Sweetened Condensed Tunes For The Broken Hearted" merupakan debut album mereka dan aku rasa the one and only album that they produced. Album ini diterbitkan oleh Independent Records dan diedarkan oleh Polygram Records Sdn Bhd (aku rasa company ni dah bungkus dah sekarang). Penerbit untuk album ialah Ajin (ex-vokalis Blackrose, sebuah band rock kapak yang cukup terkenal suatu ketika dahulu). Line-up yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Fathul (vokalis dan songwriter), Ken di posisi gitar (sekarang beliau aktif di dalam kugiran The Malayan) dan Andy selaku pemain bass (siapa tak kenal Andy! Pengasas band Flop Poppy dan juga The Malayan).

Seriously album ini amat nostalgia buat orang macam aku yang membesar sebagai remaja di era 90'an dulu. Apa yang menarik tentang album ini ialah masih tegar dalam pembawaan melodi alternative pada masa itu dan semestinya guitar oriented seolah2 mahu mengikut muzik pembawaan band2 seperti Stone Roses, Ocean Colour Scene dan sedikit elemen American Alternative Rock seperti The Wallflowers, The Lemonheads, Weezer dan RHCP. Apa yang aku kagum sekali ialah penggubahan lagu2 yang terdapat di dalam album ini yang tidak mengikut format cliche lagu2 pop masakini. Dalam sesebuah lagu2 nya mempunyai 2 atau 3 bahagian bridge dan chorus. Bassline dari Andy juga cukup menarik seperti di dalam lagu berjudul Sunflower, Dizzy dan Dragon Girl. Tak sangka Andy juga seorang pemain bass yang berbakat!

Tapi sayangnya, pada 29hb Ogos 2012 (Rabu) yang lalu, Fathullah membuat pengumuman di laman fanpage Facebook mereka yang SKC sudah dibubarkan secara rasmi. Alasannya dia dah tak larat nak stage dive, dah tua katanya haha! SKC telah banyak berjasa menaik taraf scene underground di negara kita secara tidak langsung. We all gonna miss you guys alot!

P/S: Thanks to Korawk sebab sudi jualkan CD ni kat aku haha...you're the man, bro!


Spiral Kinetic Circus (RIP 1992-2012) From left: Andy, Ken & Fathul
Spiral Kinetic Circus - Iris (Official Music Video). Lupa nak bagitau, lagu ni pernah diletakkan dalam sebuah kompilasi band2 alternative awal 90'an dulu yang bertajuk "Circle Of Friends" rilisan tahun 1993.

Sunday, September 9, 2012

Pics Sekitar Sesi Jamming + Training Metuk Ulau Projekt (8th September 2012)

Enter Sandman with Gangnam Style!

Berikut merupakan beberapa pics yang sempat aku ambil petang tadi semasa sesi jamming + training Metuk Ulau Projekt bersempena sambutan Hari Malaysia (16 September nanti) yang akan dihadiri oleh Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi ataupun nama ringkasnya MOSTI. Sesi latihan ini diadakan di Bilik Mesyuarat (rasanya kot) di Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Bintulu di mana tempat bro Ijau D Koceng berkerja hehe.

Mister Korawk (rakan blogger & member keras) sedang tekan menekan kibod Yamaha Portable Grand DGX-230, mungkin tengah memikirkan untuk menjadi keyboardist, menggantikan Jordan Rudess dalam Dream Theater kot.
Dari Kiri: Azrul (The Shredding Machine!), Bro Ijau (El Kapitan), Barangkali Marus Kamarudin (Seruling Anak Gemala) dan Fadel Bulibahkalaukau (dari band Curse Of God) di posisi bass.
Bro Bob Iskandar dengan teknik drumming ala Oppa Gangnam Style yang sungguh menakjubkan!
En. Barangkali Marus (Sebelah kiri, didatangkan khas dari Bintulu Buskers) telah diundang khas bagi show kali ini sebagai peniup seruling manakala Bro Korawk tengah asyik menekan kibod, barangkali ingin menukar posisi menjadi pemain kibod lain kali...barangkali lah
Untuk liputan lanjut tentang sesi jamming & training ini, anda juga boleh ke blog Geng Kereta Sapu dan Ada Apa Dengan Ijau.

Friday, September 7, 2012

Selamat Harijadi, Pak!

Amir Bin Abdullah

Selamat Harijadi, Pak! You Are My Hero & Always Be..

Hari ini (7th September) merupakan harijadi ayahanda aku yang ke 56. Beliau merupakan role model, pembimbing, ketua keluarga serta rakan yang sungguh baik dalam memahami serta menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh anak2nya pada situasi tertentu. Always been the living example for me when it comes to pursuing my interest in music. Bapak sentiasa memberi dorongan kepada ku dalam banyak perkara, baik dalam minat aku, kerjaya dan kehidupan aku secara amnya. Begitu juga dengan adik2 aku yang lain, beliau akan membuat perkara yang sama dengan mereka tanpa ada rasa pilih kasih.

Banyak yang aku perlu belajar tentang bagaimana untuk menjadi ayah yang baik kepada anak2 dari ayahanda ku sendiri. He's a perfect example too of being a good father. Happy birthday, Pak. Moga Allah sentiasa memberi rahmat dalam kehidupanmu dan dimurahkan rezeki selalu. Anak2mu sentiasa menyayangimu.

Di bawah merupakan beberapa video persembahan beliau yang di upload di Youtube hehe:

Band BOS (Bintulu Old Star - haha funny name! Semua orang veteran tapi masih buat show yang bertenaga) mempersembahkan lagu Ayah (Dendangan asal dari band Mercy's), bapak aku yang jadi vokalis

Amir Bin Abdullah performing a song called "DollahManis Generasiku",music by my dad, lyrics by my brother Mohd Muslim. Lagu ini sebenarnya dihasilkan sebagai tribute kepada alumni keluarga besar sebelah bapak aku yang digelar "Dollah Manis", diambil daripada nama atuk aku iaitu Abdullah (nickname Dollah) dan my nenek Mahanis (nickname Manis).

Bintulu Buskers featuring my dad performing a song called "I Started A Joke" originally by Bee Gees. This performance took place during my cousin's wedding (27th May 2012).

For me, you are far more bigger and famous than Michael Jackson himself, Pak haha...

Wednesday, September 5, 2012

CD Review : Queens Of The Stone Age's Era Vulgaris (2007)

CD Queens Of The Stone Age album Era Vulgaris (Special Malaysia Edition) ermm okay...
Queens Of The Stone Age (Line-up for the album Era Vulgaris)
Apabila aku kenang balik zaman kolej aku (2000- 2003), bermacam2 orang dalam UG scene yang aku bergaul (kebanyakannya bukan yang femes pun), bermacam2 genre jugak lah yang aku study. Tapi antara genre yang melekat di hati ialah Stoner Rock yang pernah dipopularkan oleh band seperti Kyuss, Monster Magnet, High On Fire dan Kalas. Tapi antara yang betul2 sukses dalam memperkenalkan genre ini secara mainstream ialah Queens Of The Stone Age!

Album Era Vulgaris ini merupakan album ke 5 QOTSA dan merupakan petanda hiatus yang panjang untuk band ini. Sudah hampir 5 tahun ianya diriliskan (pada tahun 2007), sehingga kini mereka masih belum mengeluarkan apa2 keluaran, mahupun EP ataupun album. Secara jujurnya album ini tidak dapat mengembalikan zaman kegemilangan mereka pada era 4 buah album terdahulu iaitu self-titled (1998), Rated R (2000), Songs For The Deaf (2002) dan Lullabies to Paralyze (2005). Album ini kurang menyengat dalam  menghasilkan riff-riff yang cantik, dark dan melodik. Cuma ada beberapa track yang aku rasa hanya recycle dari kaedah album2 terdahulu seperti lagu Sick, Sick, Sick, 3's & 7's dan Misfits Love. Lagu2 tersebut memang catchy dan masih mengekal konsep stoner nya, cuma ianya still the same old thing yang cuba dipersembahkan dari Joshua Homme serta rakan2.

Walaupun begitu, aku rasa ianya masih tidak mengecewakan kerana ianya masih sedap didengar kadang kala walaupun tidak sehebat album Songs For The Deaf. Kolaborasi Dave Grohl di posisi drums serta Nick Oliveri (bassist ini juga merupakan co-founder QOTSA akan tetapi beliau quit dari band tersebut selepas album "Songs for the Deafs") dalam album tersebut sememangnya mantap dan chemistry yang bagus pada line-up masa itu menghasilkan sebuah album yang boleh dikatakan di tahap anda-harus-dengar-sebelum-anda-mati! Anyway, good luck for these guys...they're still one of my favorite bands of all time.

QOTSA official video of "Sick, Sick, Sick"
QOTSA official video of "3s & 7s"
QOTSA official video of "Wanna Make It Witchu"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...